Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hip-hop

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Urban)

Dalam kelangsungan Balada serta pemasaran gimik bangang mendominasi carta radio dan strim digital hari ini, saya kira kita harus berterima kasih buat anak-anak muda yang mahu memberi variasi dan berani melakukan sesuatu yang keluar daripada kepompong Balada copycat tetapi masih berjaya menghasilkan sesuatu yang seimbang antara nilai komersil dan estetika muzik. Alif selepas fasa SleeQ saya kira antara yang semakin matang dalam penghasilan muziknya. Lihat sahaja lagu-lagu ciptaannya buat Kaka seperti Terima Kasih dan yang terbaru Kembali cukup groove , moden dan segar untuk pasaran tempatan Nik Qistina, Eyza Bahra, Talitha Tan, Ali Aiman, Ismail Izzani dan Aziz Harun antara yang datang dengan sesuatu yang lebih segar dan up to date . Melodi mereka tidak terikat pada idea tipikal pop mendayu tetapi masih kental jiwa dan perasaan melayunya tanpa menjadi terlalu layu. Nama-nama sedia teguh seperti Joe Flizzow, Malique, SonaOne dan Altimet masih kekal relevan dengan keha...