Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Dayang Nurfaizah 2017

#Review Dayang Nurfaizah (2017)

Sayang & Cahaya (2011) muncul ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum (Malique).  Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta radio. Dan dengan kehadiran album tersebut yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai penyanyi yang hebat. Sayang & Cahaya hadir lengkap sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah, Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu pengalaman muzik yang cukup hebat. Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal Biar begitu hebat persembahan album Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal mena...