Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kuizz shah

#PerspektifMuzik Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.     I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang? Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation. Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk...

[PERSPEKTIF MUZIK] Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif

Dalam entri kali ini saya ingin bercakap tentang tiga bakat muda yang punya potensi besar untuk membentuk pasaran muzik lokal ke tahap yang lebih berkelas dan global. Biar bukan terlalu baru dalam pasaran muzik tetapi dengan segala potensi yang ada boleh dikembangkan bagi membantu meluaskan lagi spektrum muzik tempatan supaya tidak lagi stuck dengan idea serupa. Kenapa hal ini penting? Sebab kita ketinggalan sangat jauh dengan Indonesia. Melihat betapa besarnya penerimaan terhadap bakat urban seperti  Dipha Barus  (Best Dance Production),  Adrian Khalif  (Best Rap Hip-Hop),  Teddy Ahitya  (Best New Comer),  Soundwave, Eva Celia  dan lain-lainnya yang diterima baik bukan sahaja di pentas anugerah tetapi secara menyeluruh – radio, strim digital, konsert dan sosial media. Malaysia bukan tiada bakat yang sebagus nama-nama yang saya sebut di atas cuma pendedahan serupa sahaja yang tidak diberi. Media Melayu khususnya bagai tidak berminat ...