Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

AIM 17 - Disagree - 6 Dato’ Siti Nurhaliza – 5 Yuna-4 FT-3 Dayang-3 Shila-0

Bukan rezeki agaknya, but please dont stop make your music! AIM dah jadi terlalu predictable untuk aku, maksud aku bila aku akan nampak pencalonan dalam kategori album pop masih lagi didominasi oleh orang-orang yang sama setiap tahun. Frankly speaking sangat banyak album yang baik selain CTKD yang bagi aku caca marba dan album vince yang terlalu biasa (semangat 1 Malaysia ke?) dan favoritism dalam pencalonan umpamanya Juwita Suwito pasti takkan terlepas dapat nominasi Vokal setiap kali dia keluar album atau single. Ok yes vokalnya baik, tapi ada kesan dekat siapa2? Ok maybe ini tempat terbaik nak naikkan Juwita but please terlalu banyak sangat benda yang bagus tapi terlepas pandang oleh AIM. Tomok dapat nominasi Artis Baru walau hakikatnya dia bukan artis baru. Album Tahajjud Cinta yang pada awal-awal lagi semua orang dah dijelaskan sebagai album ketuhanan a.k.a nasyid oleh Siti tercampak dalam kategori album pop. Masih ingat lagi kes album Phoenix Bangkit M.Nasir dimasukkan dalam kate

Sheila Majid 25 Years

Album: Sheila Majid 25 Years Producer: Sheila Majid / Acis year: 2010 Verdict: 5/5 For the very first moment CD ini ditangan aku i am almost cry finally i got all Sheila cd. Oh man, this is unbelieveble bila aku dapat copy album Dimensi Baru, Emosi dan Warna sebab hanya tiga album ini sahaja yang tiada dalam simpanan aku. Aku ada Legenda dalam bentuk kaset Ratu yang didownload secara haram (sorry sebab agak sukar mencari copy cd ini dipasaran) dan Kumohon serta Cinta Kita dalam bentuk CD. Kali terakhir penyanyi yang keluar dengan box set tak salah aku adalah Ramli Sarip dengan Ziarah Seni (1994) dan selepas itu tiada artis yang berani mengeluarkan box set kalau ada pun sekadar kompilasi biasa. Album ini dikeluarkan bersempena 25 tahun perjalanan seni Sheila dalam industri yang aku sifatkan sebagai satu journey yang sangat eksklusif dan tersendiri sampai sekarang tiada siapa yang mampu meletakkan standard yang aa pada Sheila (siti di sisi yang lain) Ketekitian beliau dalam membuat

Hazami - Yang Pertama/Running

Album: Yang Pertama / Running (Hazami) Producer: Hazami year: 2010 Verdict: 0.5/5 Keyakinan dan keberanian Hazami dalam membikin album ini aku bagi kredit, sebab buat zaman di mana orang tak beli album, Hazami dengan yakin buat 2 album sekali gus which satu melayu, Yang Pertama dan album Inggeris Running. Tapi bila fikirkan semula, what a big deal dia bikin semua sendiri sekali 5 album pun tak ada masalah kot. Okla first track Yang Pertama , aku bet kalau korang tak pernah dengar lagu ini pun korang boleh tahu ini melodi Hazami, mood ballad biasa Hazami yang kita semua boleh predict. Not bad la melodi ada la sedihnya, sayunya tapi kenapa meleleh sangat? buat aku letih menunggu bila nak abes lagu ni. Petanda bermula dengan "sedia..mula" dengan suara yang ala-ala je, sangat lembik tak impresif langsung. Frankly speaking aku agak geli dengan track wanna be rnb begini yang akhirnya just another cheesy pop yang cheap. Kenangan Cinta Bahagia & Sebagai Janji kembali le

Adibah Noor - Teman

Album: Teman (Adibah Noor) Producer: Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Hadi Hassan, Jenny Chin, Mohariz Yaakob, Sharon Paul year: 2010 Verdict: 4/5 Finally setelah bertahun Adibah Noor kembali dengan produk kedua Teman, Dengan nuansa pop yang melatari album ini dengan sentuhan rnb dan jazz yang minimal. Yes seperti konsep album pertama tapi dengan sentuhan melodi yang lebih baik. Album ini masih dinominasi Azlan sebagai penerbit dalam kebanyakan lagu. Dan aku rasa pair Adibah dan Azlan adalah sesuatu yang aku sudah predict untuk album ini dan tiada apa yang salah dengan kolobrasi mereka berdua. Soul dalam melodi Azlan dan soul vokal Adibah adalah gabungan terbaik bagi melodi2 Azlan. Ya sesetengah berpendapat melodi Azlan sekali dengar kita boleh tau jenis ballad yang Azlan akan offer but the thing is tak semua penyanyi mampu carry jiwa yang benar-benar ada dalam melodi Azlan. Contoh, kita pernah dengar macam mana Ziana Zain (Dingin) Jay jay (Permaisuri) dan Ramlah Ram(Ketentuan) yang end