Skip to main content

Posts

Showing posts with the label karya

#Karya Hazami – Dinamik Komposisi Melodi Dalam Memberi Justifikasi Vokal Yang Membekas Perasaan

Saya mendengar Takdir (Dayang Nurfaizah) ketika album ini diedarkan sekitar awal tahun lalu dan terbit satu rasa betapa istimewa karya ciptaan Hazami dalam mencorak satu komposisi muzik yang memberi justifikasi pada vokal Dayang. Dan jujur dalam banyak-banyak lagu dalam album sepenuhnya balada itu, Takdir antara lagu dengan persembahan vokal terbaik Dayang. Dalam erti kata lain saya puas mendengar butir sebutan dan feel Dayang dalam lagu tersebut. Takdir menjadi lagu kedua ciptaan Hazami buat Dayang. Kredit juga goes to Genervie Kam sebagai produser lagu tersebut pastinya. Coretan Cinta yang dimuatkan dalam album Dayang Sayang Kamu menjadi naskhah pertama ciptaan Hazami buat Dayang. Kemudian saya mencari semula beberapa lagu ciptaan Hazami yang dinyanyikan penyanyi lain seperti Sarah (Tiada Dikau Tiada Makna & Cuma Permainan), Fazli Zainal (Harapan), Anuar Zain (Simpati Cintamu), Azharina (Rawan), Nikki (Pinta) dan Liza Hanim dengan lagu Cinta Kelana yang dimuatkan...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...