Skip to main content

Posts

Showing posts with the label amylea

#PerspektifMuzik As Far We Can Tell, Ini Senarai Rilis Terbaik Separuh 2018

Artikel ini sebetulnya sambungan artikel sebelum ini yang mengupas pasaran muzik tempatan yang secara menyeluruhnya masih berlegar dengan lambakan balada daripada bakat muda yang amat diragui bakatnya. Mudah cerita pemasaran muzik yang ada sekarang tidak bervisi dan hanya berdasarkan apa yang seperti dikatakan – pendengar mahukan. Jika benar ini apa yang pendengar mahukan, again saya repeat – kenapa teruk sangat taste muzik korang? Berikut senarai rilis terbaik yang ada sepanjang setengah tahun ini tanpa mengikut turutan. HARAM (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini) Hael Husaini / Ezra Kong Diperdengarkan buat pertama kali di pentas Anugerah Neelofa yang lalu –   Lagu ini tidaklah terlalu original (rujuk lagu-lagu dalam album Faizal Tahir 2013) tapi relevan dan segar – baik melodinya, liriknya dan kolaborasi live yang begitu sempurna sekali. Gandingan Hael dan Dayang tidak kedengaran janggal, menyatu dengan sempurna di pentas. Tapi maaf saya  tidak begitu meny...

#PerspektifMuzik Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.     I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang? Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation. Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk...