Skip to main content

Posts

Showing posts with the label InfoMuzik

#PerspektifMuzik Pola Muzik Sebahagian 2018 – Wacana Keraguan Dalam Perkembangan

Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung.     I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang? Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation. Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk...

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan

Meneliti pasaran muzik lokal dalam genre Pop dan R&B, pengaruh muzik R&B kita banyak dipengaruhi mod muzik Indonesia. Rencah melodi masih disulam dengan feel Melayu. Citarasa lokal yang tidak pernah akan lekang biar setebal mana nuansa R&B yang cuba diketengahkan mana-mana penyanyi tempatan sekali pun. Muzik R&B tempatan sebetulnya digerakkan lebih luas ketika era 80-an di mana produser-produser muzik seperti Michael Verrapan, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan, Johan Nawawi, Susan Goh, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan menggerakkan muzik ini. Penyanyi seperti Famieza menerusi album Getaran telah mecipta satu nuansa R&B yang cukup baik sekali. Selain Francisca Peters yang hadir dengan debut Komputer Muzik (1984) produksi kemas Michael Veerrapan. Lagu-lagu dalam Komputer Muzik seperti Dia, Malam Sunyi, Keyakinan Diri dan Oh Cahaya memiliki chord muzik yang banyak dipengaruhi Lionel Richie, Phillip bailey dan Stevie Wonder ketika itu.  Begitu juga Fai...