Ketika album ini beredar sekitar tahun 2000, Nora mengalami satu transisi karier apabila dia tidak lagi berkemudi di bawah kendalian Warner Music dan bergerak cukup agresif bersama BMG Music dengan menghasilkan Kirana yang mengambil sejumlah kos yang cukup tinggi dalam pasaran album tempatan ketika itu. Dikhabarkan pihak Nora dan BMG mengeluarkan modal melebihi 100k untuk menzahirkan Kirana. Dan jika benar kos sebegitu tinggi yang dikeluarkan, saya kira ia amat berbaloi kerana penghasilan Kirana antara yang cukup teliti dalam banyak-banyak album yang Nora pernah terbitkan. Album ini cemerlang di Anugerah Industri Muzik 2001 dengan membawa pulang 3 trofi utama beserta 2 pencalonan lain. Kirana dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik manakala single perdana Menyemai Cinta Bersamamu (Azlan Abu Hassan / Ucu) membawa pulang trofi Lagu Terbaik & Sususnan Muzik Dalam Lagu Terbaik. Nora memberi persembahan vokal terbaik dalam Kirana namun tewas di tangan Siti yang pulang be...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara