Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Dayang, Sayang & Cahaya (2011)

Kita cakap hal-hal yang tak menarik tentang album ini dulu. Satu, kualiti printing di muka depan album ini sangat sucks! Inlay yang ala-ala wedding album dengan font dan susun letak gambar yang kurang menarik buat aku fikir designer album ini betul-betul membunuh idea yang ada. Banyak gambar yang cantik namun hilang habis seninya dengan reka atur dan rekaan sisipan yang amat buruk bagi aku. Ok sudah tentang yang fizikal kita masuk bab spiritual Dayang dalam muzik dipersembah, Dayang, Sayang & Cahaya ini. Dibuka dengan re-make Mulanya di sini (Royston Sta Maria/Syed Haron) yang pernah dialun dendang oleh band pop Freedom sekitar 80-an. Ya semua amat familiar dengan lagu ini dan susunan semula yang dibikin Zain dan Omar K ini sekadar memberi serlah aura Dayang sebagai pembukaan yang baik bagi album ini. Sama seperti apa yang dilakukan dalam pembukaan Dayang 2007 menerusi trak Cerita Cinta Dayang. Trak kedua, Sayang (Omar K/NuurIman) single pertama bagi solo album kelap

MARCELL AND THE STORY CONTINUES...

I must said that i am one of the luckiest person bila mendapat copy awal solo album terbaru Marcell - And The Story Continues... ini mendahului press-press di negaranya Indonesia. Yes which is means album ini dirilis di Malaysia terlebih dahulu. 11 trak memenuhi keseluruhan solo album ini dan antara yang benar-benar menarik pendengaran selain Takkan Terganti dan Peri Cintaku adalah trak ciptaan Numata melalui Melati yang aku keep ulang dengar sekarang. Dan beberapa trak lain seperti duet bersama Dewi Sandra dalam Tanpa Kata dan r&b trak kolaborasi Marcell dan Rayi melalui Permainan Cinta . This is another record that im going to keep playing all over the year!

AWI RAFAEL (2011)

Penerbit: Hang Dimas Juru Rakam: AG COCO / Kamar Seni Juru Adun: Ahmad Huzaini / Peter Chong Creative: Badlyshah Amiruddin / Peter Verdik: 2/5 Seawal trak pembuka Pulanglah , Awi dah cukp grab telinga pendengar rasanya dengan catchy melodi yang ada dalam trak ini especially lirik english pada korus yang amat sing-a-long. Aku Bukan Bintang juga begitu. Formula yang sama dengan tema muzik dan lirik yang lebih kurang. But at this stage aku rasa Awi betul tahu bagaimana tangkap pendengaran pendengar dengan hidangan korusnya yang sangat baik menurut aku. Bukankah Aku dibuka dengan soft touch piano dan dengan susunan orkestra minimal. Vokal Awi jelas di trak ini cuma melodinya yang sedikit berarah ke indo pop buat aku ragu akan originaliti lagu ini. Begitu juga trak Bila Aku Jatuh Cinta yang betul buat aku ingat trak-trak indo pop seperti D'Massive, Letto dan yang lain-lain. Ok sedap melodi melayang buat kita melayang dan paling layan buat lagu karaoke! Sedap tapi again tiad

REZA SALLEH - REALIZE (2010)

Penerbit: Reza Salleh / Melina Wiliam Jururakam / Juru Adun: Keith Yong Creative: BLAM / Reza Slleh Verdik: 3/5 Sebetulnya dalam legasi indie nama Reza Salleh bukanlah sesuatu yang asing, hasil pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang muzik dengan penghasilan beberapa ep, debut Realize menjengah pasaran perdana. Meletakkan sejumlah 14 trak keseluruhan berserta 2 trak bonus, Reza nyata optimis dengan karya yang semuanya dihasilkan sendiri. Album dibuka dengan trak Kasih yang cukup refreshing! Mood pop rock kental melatari trak ini dan catchy lirik Reza memberi justifikasi menarik dalam penghasilan lagu ini. Stracciatella yang menjadi single pertama debut ini hadir dengan mood akustik pada awal lagu yang memberi nyata kepada vokal macho Reza persis John Mayer dan nyata killer sebenar terletak pada korus lagu ini yang buat saya mahu ulang dengar. Antara trak lain menarik pendengaran adalah Soultune dan Ocean Spanning Sorrow yang punya groove jazz yang sempoi. Angan-Angan Permata ant