Skip to main content

Posts

Showing posts with the label muzik

#PerspektifMuzik Muzik Video - Peranan Visual Dalam Muzik

Seni pembikinan muzik sebetulnya tidak hanya terikat pada idea penciptaan lagu yang bagus, lirik yang puitis dan penyampaian vokal yang cemerlang. Jika difahamkan secara menyeluruh konteks pemasaran muzik, seni visual menerusi imej artis, visual promo (cover album contohnya) dan muzik video memainkan peranan penting. Pada era 90-an kita memiliki kualiti muzik video yang cukup bagus sehingga ke era pertengahan 2000. Nama-nama seperti Virginia Kennedy (Awan Yang Terpiliu), Saw Teong Hin (Fanatik), Yusry Abd Halim (The Way We Jam) dan Zaili Sulan (Nanti - Innuendo) antara yang cukup dominan menghasilkan video muzik yang berkualiti tinggi. Muzik video satu ketika dulu dilihat sebagai satu elemen penting dalam pemasaran sesebuah produk muzik. Sheila Majid, Ziana Zain dan KRU antara yang sentiasa konsisten dalam penghasilan muzik video yang bagus di era 90-an. Bakat-bakat di bawah kendalian Positive Tone seperti OAG, Innuendo, Deanna Yusuf dan Liza Aziz antara yang cukup prom...

Hala 'POP' Kita

  Sebahagian daripada tahun 2013 telah kita lalui. Bakat baru yang berkualiti semakin kurang atau mungkin tidak salah jika saya sebut hampir tiada. Semuanya datang dalam pakej trend yang mengikut formula serupa. Najwa Latiff beri sedikit kejutan dalam pop culture tempatan apabila mencuri tumpuan sebagai bakat YouTube yang hangat sekitar fasa 2010/11 dengan hitnya Cinta Muka Buku. Menjelang tahun kemudiannya, Ainan Tasneem muncul dengan trak 150 Juta. Ideanya sama, muziknya serupa dan buat penggemar muzik pop tempatan bertanya – Apa yang cuba dia buktikan? Dan inikah pelapis yang kita mahu ketengahkan? Saya jarang mendengar radio kebelakangan ini dan kerana mahu menulis artikel ini saya membelek carta hit radio tempatan melihat apa yang sedang hangat. Sehingga artikel ini ditulis masih lagi saya melihat nama Hafiz (Bahagiamu Deritaku) Stacy (Bosan) Hazama (Relakan Jiwa) dan ya, Ainan Tasneem dengan 150 Juta berada di carta teratas. Nama Judika, Firman dan Cakra Khan dari seb...