Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bil Musa

#Review Young Adults – Well Grown Bil! Persembahan Pop Urban Secukup Rasa

Meneliti pasaran muzik niche seperti indie dan urban lokal saya kira Malaysia tidak pernah haus dengan anak-anak muda yang sentiasa mahu melakukan sesuatu yang keluar daripada kepompong muzik Melayu yang tipikal.  Mungkin daripada segi skala evolusi muzik kita agak kecil berbanding negara seberang Indonesia yang hari ini mampu bangga dengan Dipha Barus, Adrian Khalif, Teddy Adhitya, Teza Sumandra, Eva Celia dan Rinnie Wulandri umpamanya. Namun saya kira kita masih bertuah memiliki syarikat rakaman lokal seperti Yuna Room Records yang sentiasa mahu memasarkan karya-karya yang datangnya daripada anak muda seperti Bil Musa ini umpamanya. Setelah debut self-titled yang diedarkan sekitar tahun 2015, Bil tahun lalu muncul dengan dua single perdana yang turut dimuatkan dalam album keduanya berjudul Young Adults ini. Dua single yang saya maksudkan adalah No More Excuse dan Adakah Ini yang cukup kuat pengaruh Yuna sebetulnya. But that’s really ok Bil. Album ini dibuka deng...

Bil Musa (2015)

Artis: Bil Musa Album: Bil Musa (2015) Produser: Shafiq Mohd / Bil Musa Verdik: 3/5 Bila Yuna mengumumkan dia menandatangani seorang lagi bakat baru saya berharap bakat tersebut bukanlah sekadar untuk mencari another Yuna. Selepas Diandra Arjunaidi yang saya kira gagal memancing minat pendengar tempatan (hanya sekadar hit trak Angkasa) saya harap Yuna dapat mencari bakat baru yang hadir dalam idea muzik berbeza tetapi nyata Bil Musa hanya menawarkan idea serupa yang terikat dengan penciptaan melodi dan muzik yang serupa dibawa Yuna, Diandra dan juga Zee Avi. Tetapi tidak mengapalah setidaknya bertambah juga penyanyi yang punya kebolehan bermain alat muzik dalam industrI muzik kita yang kecil ini. Debut ini dibuka dengan cukup lembut petikan gitar dalam trak The Beach. Melodi ini sangat mencedok idea berulang Zee Avi dan sejujurnya sehingglah album ini habis diputarkan fikiran saya melayang andai lebih baik album ini adalah album terbaru Zee Avi sebab suara Zee A...