Skip to main content

Posts

Showing posts with the label diandra arjunaidi (2011)

Kesilapan Terbesar Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM)

  Nampaknya Kak Ani kita dah boleh fikir speech dan baju untuk malam AIM tu nanti.. Anugerah Industri Muzik datang lagi dan lima calon akhir diumum dan tahun ini  perasaan aku tidaklah segembira tahun lepas bila melihat banyak nama (sebut karya) yang aku jangkakan bakal mendominasi gugur sebelum bertanding. Memudahkan cerita aku ada beberapa album, lagu dan pemuzik yang aku ingin lihat mereka sukses di AIM19 kali ini namun tidak ada satu karya pun dari mereka tersangkut. Aku ulang TIDAK ADA SATU KARYA PUN! Sebelum aku sambung terlarut dalam emosi menulis tentang AIM19 ini lihat dulu senarai pemuzik dan karya mereka yang aku harapkan mendapat perhatian ketua juri, Adnan Abu Hassan namun tidak. Shahir – Pendam (Vokal Lelaki Terbaik / Lagu Pop Terbaik) Najwa Latif – Kosong (Lagu Pop Terbaik) Diandra Arjunaidi – Angkasa, Happy (Artis Baru Terbaik / Lagu Pop Terbaik / Lagu Inggeris Terbaik / Rakaman Album Terbaik) Guba – You’re So Fine (Artis Baru Terbaik / Vokal ...

Diandra Arjunaidi (2011)

DIANDRA ARJUNAIDI (2011) Penerbit: AG COCO / Ully / Diandra / Efry Arwis Pemuzik: AG Coco, Efry Arwis, Euvi, Fareed, Jenk Kreatif: Dotperinch / Adib Azfar Verdik: 5/5 Review ni sebenarnya dah lama sangat tersangkut, aku sempat tulis separuh pada januari lalu dan dibiarkan begitu sahaja sehingga ahad lalu (20/5) untuk disambung kembali. Normal kesibukan kerja majalah faham-faham sajalah. Album ini dibuka sangat-sangat baik dengan single pertama Angkasa. Bagi aku ini pertaruhan bijak Diandra memikat hati pendengar tempatan. Lagu ini sangat segar buat aku. Melodinya baik dibantu susunan yang sangat sangat sangat cun! This would be one of the best shot untuk next AIM. Things We Dont Say juga juga sangat baik. Mood jazz nya hebat bak mendengar beberapa trak pop jazz indonesia. Aku sangat sukakan volume dan weight vokal Diandra. Suaranya boleh carry pop jazz yang kadang buat aku melayang teringat Norah Jones untuk certain moment. Aku agak banggalah sebab disaat aku mencuba terlalu...