Rating saya di Twitter dengan meletakkan verdik 2 bintang untuk SimetriSiti mengundang cuak penggemar tegar Dato’ Siti Nurhaliza. Ada mengatakan saya haters dan berat sebelah dan ada yang menyatakan verdik saya tidak berasas. Jadi dengan itu saya ingin membuat pencerahan, sedikit penjelasan dan menjadi lebih kritis dan kritikal terhadap figura seni yang sudah memiliki lebih 15 album studio sepanjang tempoh 22 tahun dia mencipta nama sebagai anak seni dalam legasi muzik tempatan yang paling tinggi darjatnya - menyamai Tan Sri S.M Salim, Sudirman, Sharifah Aini dan Sheila Majid. Baiklah, sebagai pendengar saya sentiasa mahu dicabar dengan satu pengalaman mendengar muzik (album) lengkap yang memiliki satu konsep dengan kesinambungan muzik yang baik. Bagi saya muzik (album) adalah satu journey perasaan yang punya cerita lengkap dan cerita lengkap itu tidak semestinya pada penulisan lirik tetapi continuity penciptaan melodi yang melengkapi antara satu lagu dengan lagu lain. ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara