Skip to main content

Posts

Showing posts with the label liza hanim

#BetariSeni Liza Hanim

Maaf jika saya bias.  Liza Hanim adalah  favorite vocalist  saya melebihi mana-mana pun penyanyi yang pernah dicipta di Malaysia. Dia punya  feel, clarity  dan  projection  hebat dalam penyampaian yang tiada tandingan. Saya akan sentiasa terbuai mendengar dendangannya dalam mana-mana trak sekalipun.  Gelisah Mimpi, Andainya Aku Bersuara, Ku Idamkan Rindu, Merawat Luka Terpendam, Getaran Cinta Di Jiwa sehinggalah magis yang dicipta ketika di pentas P.Ramlee The Musical sebagai Saloma.  You are the best Saloma . Saya boleh tonton anda pada bila-bila masa di YouTube. Kata saya padanya.  P.Ramlee The Musical merupakan satu fasa yang memberi impak berbeza sepanjang karier saya sebagai penghibur.  "Saya tak pernah bayangkan untuk terlibat dalam produksi teater muzikal sebesar itu tapi Alhamdulillah peluang itu datang pada masa yang betul di saat saya memerlukan sesuatu yang baru untuk dicuba.” Sama seperti Dayang Nurfaizah...

#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.

Debaran dan teka-teki siapa yang bakal disenarai pendek bagi musim keempat Gegar Vaganza diumumkan semalam (10 Oktober) dengan beberapa kejutan yang admin sendiri terkejut. Liza Hanim menjadi calon harapan admin kali ini tersenarai dalam 12 peserta yang bakal bertanding 29 Oktober nanti. Gegar Vaganza landasan yang sangat baik sebenarnya untuk artis-artis senior ini menyerlahkan kembali segala kudrat akan bakat serta kebolehan membuat persembahan pentas secara profesional. Ayai, Siti Nordiana dan Azharina telah membuktika ini medan terbaik untuk mereka kembali dihargai akan bakat serta kebolehan yang ada. Pada masa yang sama ini pentas yang cukup baik untuk mereka membuktikan bahawa mereka penyanyi yang bagus dan perlu mendapat tempat yang betul di lapangan seni muzik tempatan. Lihat sahaja bagaimana Siti Nordiana membesarkan skala kebolehan muzik dan nyanyiannya. Berbanding Siti Nordiana yang kita kenal beberapa tahun dahulu, Nana hari ini polish sebagai penyanyi Pop ya...