#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.
Debaran dan teka-teki siapa yang bakal disenarai pendek bagi musim keempat Gegar Vaganza diumumkan semalam (10 Oktober) dengan beberapa kejutan yang admin sendiri terkejut. Liza Hanim menjadi calon harapan admin kali ini tersenarai dalam 12 peserta yang bakal bertanding 29 Oktober nanti. Gegar Vaganza landasan yang sangat baik sebenarnya untuk artis-artis senior ini menyerlahkan kembali segala kudrat akan bakat serta kebolehan membuat persembahan pentas secara profesional. Ayai, Siti Nordiana dan Azharina telah membuktika ini medan terbaik untuk mereka kembali dihargai akan bakat serta kebolehan yang ada. Pada masa yang sama ini pentas yang cukup baik untuk mereka membuktikan bahawa mereka penyanyi yang bagus dan perlu mendapat tempat yang betul di lapangan seni muzik tempatan. Lihat sahaja bagaimana Siti Nordiana membesarkan skala kebolehan muzik dan nyanyiannya. Berbanding Siti Nordiana yang kita kenal beberapa tahun dahulu, Nana hari ini polish sebagai penyanyi Pop ya...