Saya tertarik dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini semakin memualkan. Dan saya kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa. Tapi saya kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka. Jika menoleh kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik perhatian saya. SOG antara yang dominan but they don’t grip my soul . Idea mereka terlalu ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara