Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Lagu Terbaik)

Kitaran Pop tempatan tahun ini tidaklah terlalu beragam atau punya evolusi skala besar tetapi kita masih bertuah masih memiliki anak muda yang serius dalam membuat muzik atas nama muzik itu sendiri tanpa berkompromi dengan corak pemasaran murah dan menjengkelkan. Lagu bagi saya tidak perlu dan tidak patut diasosiasikan dengan peribadi penyanyi atau apa jua konteks yang keluar daripada seni pembikinan muzik itu sendiri. Penciptaan melodi yang bagus masih paksi utama sesebuah lagu itu diukur baik buruknya. Penulisan lirik satu elemen lagi yang harus difikirkan pembikin muzik agar ia berkelas, puitis dan tidak merendahkan estetika Bahasa itu sendiri. Tidak salah menggunakan Bahasa bual asalkan ia disusun kemas dan bergerak atas aliran cerita yang baik. Dalam hal ini saya suka untuk merujuk penulisan Alif dalam lirik Buat Selamanya yang menggunakan Bahasa bual yang disusun kemas sekali. Paling puitis tentu sahaja tulisan Imran bersama Najwa dalam Sentiasa Merinding – ibarat

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Album Terbaik)

Prisma muzik tempatan tahun ini mengujakan dengan jumlah album penuh yang lebih banyak berbanding beberapa tahun sebelumnya. Dan apa yang lebih manis nama-nama senior dalam persada muzik menghasilkan album-album yang cukup solid kualitinya. Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Ella, Search, Atilia, Noh dan Monoloque saya kira sudah melakukan tugas dan tanggungjawab mereka menghidupkan pasaran muzik yang lebih kompetitif dan beragam. Saya secara peribadi sangat berterima kasih pada bakat muzik yang masih mahu melaburkan sejumlah wang yang besar untuk penghasilan album di saat generasi hari ini yang tidak lagi peduli tentang kepentingan fizikal album dan hanya mahu hiburan dalam bunyian semata-mata. Album fizikal sangat penting sebagai portfolio yang boleh disimpan dan dibanggakan bagi satu jangka masa panjang. Hal-hal ini terbukti jelas pabila harga album  Too Phat  seperti  360  dan  Whuttadilly  dijual hampir  RM500  untuk cetakan pertama hari ini. Nilai

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Pop)

Faizal Tahir dan batalion Faithful Music tahun ini antara yang banyak menghasilkan karya Pop yang bermutu. Daripada karya Faizal sendiri sehingga kolaborasi nama besar seperti Aizat, Nastia, Caliph Buskers sehingga ratu Rock – Ella mencipta satu kosmik muzik Pop yang lebih segar dan terkini. Hael Husaini saya angkat sebagai the next singer songwriter yang memiliki potensi yang cukup besar untuk berkembang sebagai penyanyi juga komposer. Selain Alif (SleeQ) yang sudah saya ulas dalam entri Produksi Muzik Urban. Berikut Pilian Pop Terbaik sepanjang tahun ini. Beberapa lagu dalam senarai ini akan diulas panjang bagi entri Produksi Muzik Terbaik (Lagu Terbaik) jadi saya hanya ulasan ringkas 10 Lagu Pop Terbaik untuk entri ini. JAMPI / HAEL HUSSAINI Komposer & Lirik: Hael & Ezra Kong Hael bergerak solo dengan cukup cemerlang menerusi lagu ini yang saya kira sudah pasti semua mampu menikmatinya. Jampi harus menjadi benchmark Hael dalam menghasilkan single seterusnya

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Balada)

Dua tahun kebelakangan ini menjadi tahun penting Balada dalam mendominasi kembali carta radio. Kitaran muzik selepas trend Pop YouTube (Najwa Latiff, Tasha Manshahar), indie dan hip-hop yang agak perlahan sambutannya tahun ini. Nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah kembali kepada apa yang peminat mahukan iaitu Balada dan melupakan seketika segala beat beat rancak Dayang Sayang Kamu dan Inginku Miliki. Nama Mike Chan, Ezra Kong, Omar K, Haqiem Rusli dan Hael antara komposer yang paling aktif tahun ini mencipta hit semasa. Kebangkitan semula Siti Nordiana semakin diterima cukup meluas. Tahun ini sahaja Nana berjaya rilis dua single dengan jayanya – Terus Mencintai (Siti Nordiana) dan duet bersama Jaclyn Victor (Hael, Mike Chan, Ezra Kong) melalui lagu Nisan Cinta. Pertaruhan Dato Siti menerusi Segala Perasaan (Ivan Lahardika) antara yang paling merdu. Ajai antara senior yang masih aktif dalam mencipta lagu-lagu hit semasa. Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nurfaizah) dan

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Urban)

Dalam kelangsungan Balada serta pemasaran gimik bangang mendominasi carta radio dan strim digital hari ini, saya kira kita harus berterima kasih buat anak-anak muda yang mahu memberi variasi dan berani melakukan sesuatu yang keluar daripada kepompong Balada copycat tetapi masih berjaya menghasilkan sesuatu yang seimbang antara nilai komersil dan estetika muzik. Alif selepas fasa SleeQ saya kira antara yang semakin matang dalam penghasilan muziknya. Lihat sahaja lagu-lagu ciptaannya buat Kaka seperti Terima Kasih dan yang terbaru Kembali cukup groove , moden dan segar untuk pasaran tempatan Nik Qistina, Eyza Bahra, Talitha Tan, Ali Aiman, Ismail Izzani dan Aziz Harun antara yang datang dengan sesuatu yang lebih segar dan up to date . Melodi mereka tidak terikat pada idea tipikal pop mendayu tetapi masih kental jiwa dan perasaan melayunya tanpa menjadi terlalu layu. Nama-nama sedia teguh seperti Joe Flizzow, Malique, SonaOne dan Altimet masih kekal relevan dengan keha