Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

FINALIS AJL 25 - BILA NILAI KOMERSIAL MENDAHULUI NILAI ESTETIKA.

Ok je kalau diorang yang menang! Nampaknya juri-juri professional kita sebulat hati mengangkat genre muzik indie ke pentas akhir bila dilihat hampir 80% dikuasai habis oleh band-band indie tempatan. Lapangan minda aku masih positif pada saat ini, terbuka menerima jika mereka benar-benar bagus, mengapa tidak? Persoalan satu Aku ulang dengar Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan mencari di mana lebihnya Ku Ada Kamu berbanding aesthetic value dan rich melodius yang ada dalam Sejujur Hatimu . Jujur aku katakan, Ku Ada Kamu sekadar intrpretasi biasa terhadap kagu-lagu ballad tempatan yang ada dengan mengambil sedikit semangat gospel pop ala-ala Aubrey Suwito (rujuk Gemilang) dan IDENTITI muzik Azlan Abu Hassan. Aku mencari dimana letak tingginya originaliti Ku Ada Kamu berbanding Sejujur Hatimu yang aku sifatkan sebagai karya paling jujur penuh attitude Azlan dan Adibah yang bertindak sendiri sebagai penulis lirik. Mencari Konklusi yang Ekstravagan! Formula berulang Sam dalam Ekstrvaganza amat