Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #RetrospektifMuzik

#RetrospektifMuzik Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an

Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali. Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein. Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sud...

#RetrospektifMuzik Menelusuri 39 Tahun Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Saya mula mendengar album ini hanya kira-kira tiga empat tahun kebelakang. Sebelum itu nama biduanita Sharifah Aini bukanlah berada dalam rujukan muzik saya namun album Lela Manja atau lebih tepat lagu Ratapan Kamarulzaman benar-benar membuka mata saya terhadap muzik Melayu Asli. Mendengar lagu tersebut buat saya tersentuh, terbuai dan khayal dalam satu pelayaran muzik yang penuh emosi yang kaya sekali bunyian Melayunya. Ratapan Kamarulzaman is a masterpiece – antara karya Melayu Asli yang cukup kaya sekali perasaannya. Saat biduanita Sharifah Aini melantun bait “Sayang… Kiambang” Sudah jauh membawa saya melayang dengan alunan yang cukup merdunya itu. Lela Manja diterbitkan maestro muzik Alfonso Soliano dengan bantuan Arshad Ismail dan Harris Harun yang banyak menyumbang terhadap perkembangan muzik tempatan sepanjang era 60-an dan 70-an. Kolaborasi Sharifah Aini dan Hamzah Dolmat dalam penghasilan album ini bagaikan penyatuan dua alunan yang paling merdu kita ada dala...

#RetrospektifMuzik Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan

Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya. Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya. Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban ...

#RetrospektifMuzik 15 Tahun Fuuyo! Sebagai Album Urban Pop Paling Tastefully Produced

Pasaran sukar muzik urban ketika era 90-an sehingga hari ini sedikit sebanyak membuktikan sempitnya penerimaan pendengar massa yang tidak begitu memandang muzik ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Berbanding di era 80-an saya kira muzik kita lebih beragam dan menerima terbuka pasaran muzik yang keluar kepompong pasaran Balada bunuh diri. Nama seperti Sheila Majid, Freedom, Fairuz Hussein dan Mazlan Hamzah diterima baik bukan sahaja pasaran tempatan malah nusantara. Pasaran Pop R&B semakin kecil ketika pertengahan 90-an yang dimonopoli kugiran Pop seperti Spring, Slam dan Ukays serta bakat solo seperti Ramlah, Ziana, Haida, Safura dan lain-lain. Tetapi apa yang baiknya radio masih memutar lagu-lagu Sheila Majid, Zainal Abidin contohnya. Berbanding hari ini yang 90 peratus daripada apa yang kita dengar adalah benda serupa. Afdlin Shauki memulakan karier nyanyiannya bersama Roslan Aziz Production (R.A.P) dengan single Sampai Bila yang dimuatkan dalam album R....

#RetrospektifMuzik 10 Album Ini Berusia Sedekad Tahun Ini Dan Masih Menjadi Antara Produksi Pop Terbaik Tempatan

Tidak salah jika saya katakan di sini 2007 adalah tahun Faizal Tahir. Selepas tamatnya program One In A Million namanya mula memanjat carta muzik semasa tanpa mengambil masa yang panjang. Semuanya bermula single Mahakarya Cinta dan selepas itu satu per satu sejarah dicipta. Debut Faizal berjudul Aku.Muzik.Kamu tampil dengan beberapa single evergreen seperti Sampai Syurga, Coba dan Gemuruh yang sehingga hari ini masih menjadi antara naskhah penting perjalanan karier Faizal juga penerbitnya ketika itu Audi Mok dan Aubrey Suwito. Dan sebenarnya tidak salah juga jika saya katakan 2007 adalah tahun cemerlang dan laku keras untuk komposer Audi Mok. Selain terlibat dengan penerbitan album FT dia juga antara yang mengemudi album Liza Hanim (Imagin), Dayang Nurfaizah (2007), Farah Asyikin, Kaer (Menjelma) dan Siti Nurhaliza dengan single Ku Mahu daripada album Hadiah Daripada Hati. Berbicara tentang 10 tahun lalu, muzik Malaysia sebetulnya tidak terlalu banyak berubah. Aud...

#RetrospektifMuzik Sharizan – Hadir (1996) Persembahan Pop Yang Terpinggir

Tahun 1996 nama Sahrizan terbit dalam sinar Siti Nurhaliza yang cukup membangkit satu fenomena yang luar biasa menerusi hits Jerat Percintaan. Nama Sharizan diangkat sebagai pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik AIM menewaskan Joe, Mel, Elji dan Dr. Wan Zawawi (I have lost memory about this four). Bersama-sama Siti Nurhaliza mereka berdua pulang megah trofi Artis Baru Terbaik ketika itu. Album diberi judul Hadir menghasilkan dua single yang cukup dominan bagi kerjaya Sharizan iaitu I Am No King (Helen Yap) dan Aku Masih Sayang (Georgie Leiwakbessy). Lama sebetulnya saya mencari album ini, maklumlah ketika album ini diedarkan saya baru berusia 11 tahun dan for sure memang takkan mampu membeli sebuah CD ketika itu. Jadi dengan saluran radio dan televisyen yang ada sahajalah cara saya untuk dengar dan enjoy I Am No King yang saya sangat hafal ketika itu melodinya. Album ini bukan album Pop biasa. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sahaja senarai produsernya – Mus Mujiono, ...

#RetrospektifMuzik Sheila Majid - 32 Tahun Nan “Gemilang” Seorang “Legenda” Muzik Tempatan

Transisi muzik Malaysia secara umum dari awal era P.Ramlee sehingga legasi yang dicipta Sudirman, Search dan Siti  Nurhaliza mencipta momen tersendiri buat bakat-bakat muzik yang cukup tersendiri ini. Nama Sheila Majid tidak akan terlepas bila persoalan siapa ikon muzik tempatan diajukan. Bermula cukup yakin dan berbeza dengan single pengenalan - Pengemis Muda yang dimuatkan dalam debut Dimensi Baru (1985). Dia menarik minat ramai penggemar  muzik tempatan ketika itu dengan groove serta attitude muzik yang disifatkan bercitarasa tinggi. Nama Sheila Majid ketika itu sedikit sebanyak membuka ruang bagi pemuzik Pop dengan pengaruh R&B dan Jazz seperti Fairuz Hussein dan Famieza. “Boneka” - 13 Tahun Selepas Cinta Kita Dalam temu bual bersama Selamat Pagi Malaysia, Sheila Majid memberitahu Boneka mengambil masa 2 tahun pembikinan. 4 daripada 100 lagu pertama yang diterima dipilih untuk dimuatkan dalam album ini. Boneka hadir dengan 10 trak dalam nuansa y...

#RetrospektifMuzik 17 Tahun “Kirana” Sebagai Naskhah Pop Yang Maha Hebat

Ketika album ini beredar sekitar tahun 2000, Nora mengalami satu transisi karier apabila dia tidak lagi berkemudi di bawah kendalian Warner Music dan bergerak cukup agresif bersama BMG Music dengan menghasilkan Kirana yang mengambil sejumlah kos yang cukup tinggi dalam pasaran album tempatan ketika itu. Dikhabarkan pihak Nora dan BMG mengeluarkan modal melebihi 100k untuk menzahirkan Kirana. Dan jika benar kos sebegitu tinggi yang dikeluarkan, saya kira ia amat berbaloi kerana penghasilan Kirana antara yang cukup teliti dalam banyak-banyak album yang Nora pernah terbitkan. Album ini cemerlang di Anugerah Industri Muzik 2001 dengan membawa pulang 3 trofi utama beserta 2 pencalonan lain. Kirana dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik manakala single perdana Menyemai Cinta Bersamamu (Azlan Abu Hassan / Ucu) membawa pulang trofi Lagu Terbaik & Sususnan Muzik Dalam Lagu Terbaik. Nora memberi persembahan vokal terbaik dalam Kirana namun tewas di tangan Siti yang pulang be...