Skip to main content

Posts

Showing posts with the label music issue

Kesilapan Terbesar Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM)

  Nampaknya Kak Ani kita dah boleh fikir speech dan baju untuk malam AIM tu nanti.. Anugerah Industri Muzik datang lagi dan lima calon akhir diumum dan tahun ini  perasaan aku tidaklah segembira tahun lepas bila melihat banyak nama (sebut karya) yang aku jangkakan bakal mendominasi gugur sebelum bertanding. Memudahkan cerita aku ada beberapa album, lagu dan pemuzik yang aku ingin lihat mereka sukses di AIM19 kali ini namun tidak ada satu karya pun dari mereka tersangkut. Aku ulang TIDAK ADA SATU KARYA PUN! Sebelum aku sambung terlarut dalam emosi menulis tentang AIM19 ini lihat dulu senarai pemuzik dan karya mereka yang aku harapkan mendapat perhatian ketua juri, Adnan Abu Hassan namun tidak. Shahir – Pendam (Vokal Lelaki Terbaik / Lagu Pop Terbaik) Najwa Latif – Kosong (Lagu Pop Terbaik) Diandra Arjunaidi – Angkasa, Happy (Artis Baru Terbaik / Lagu Pop Terbaik / Lagu Inggeris Terbaik / Rakaman Album Terbaik) Guba – You’re So Fine (Artis Baru Terbaik / Vokal ...

ALBUM OF THE YEAR 2011/10

2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan da...

Music Issue: Best Remake

Cover version pernah jadi trend satu ketika dulu apabila Innuendo dengan sangat berjaya mengembalikan gemilang melodi Belaian Jiwa diikuti Indigo (Suraya) Ferhad (Kasih Berubah) dan lebih menghangatkan trend remake lagu-lagu lama apabila syarikat rakaman SRC dengan berani keluar dengan produk yang diberi nama 2by2 yang mana sebuah kumpulan pop yang hanya menghasilkan album penuh lagu-lagu rakaman semula. Dan sesungguhnya mereka berjaya (sangat berjaya mungkin) pada ketika itu dengan lagu-lagu seperti Mawarku, Tiga Malam dan Pak Pung Pak Mustafe. Namun trend ini tidak lama sehingga trend muzik ketika itu beralih ke irama nasyid dan dangdut. Dalam sejarah penerbitan lagu-lagu rakaman semula ini aku kesan beberapa rakaman semula yang benar-benar bagus dan sesungguhnya sehingga kini kita semua akui album Legenda Sheila Majid adalah antara album rakaman semula lagu-lagu P.Ramlee paling berjaya. Liza Hanim pun pernah merakamkan album dengan lagu-lagu P.Ramlee namun sayang tiada apa yang ter...

Music Issue: Music and Society

I don't know maybe i'm wrong or something but personally, aku bukan fanatik mana-mana penyanyi, yes i do have my favourite but i'm the kind of person who not going to scream everytime my favourite song keluar radio. It`s kind a funny bila melihat orang-orang sekeliling aku yang begitu fanatik dengan sesetengah penyanyi pujaan mereka. When everytime naik kereta they keep play the same cd for years! and i was like, ok fine aku peminat sheila majid dan aku tak dengar sheila majid setiap hari kot! there's still a lot of musician that doing much way better sound than sheila yang aku harus dengar. Bagi aku perkara ini very subjective sometimes i felt that adakah orang-orang Malaysia ni betul-betul faham muzik dan gemar muzik kerana muzik atau hanya kerana meminati sang pelantun? This is kind of attitude yang buat aku tak berapa faham dengan orang-orang kita. Kita lihat dulu bagaimana zaman Mawi menjadi Malaysian sweetheart sehingga menjadi artis pertama yang di boo di majlis ...

Music Issue Vol.1

Fenomena pemuzik Indonesia memiliki album sendiri bukan baru, nama-nama seperti Dewiq, Tohpati, Yovie Widianto antara yang berada dibaris atas. Apa yang aku lihat daripada konsep ini adalah meletakkan musician sebagai tonggak utama sesebuah album berbanding penyanyi. Pemikiran seperti ini yang belum aku lihat dalam masyarakat Malaysia. Apa yang dilakukan oleh ketiga2 musician Indonesia adalah apa yang kita harus lakukan. So disini peminat muzik tempatan akan lebih bijak menghargai komposer tempatan. Jika dilihat sejarah pembikinan album di Malaysia, Roslan Aziz punya effort yang sama dalam mengenengahkan nama dan bakatnya dalam album R.A.P 95 (even bukan semua ciptaan beliau). Ajai pun pernah keluar dengan kompilasi beliau, namun sekadar lagu-lagu re-cycle daripada album artis yang menyanyikan lagu beliau, serta album sountrack Kayangan. Fenomena ini buat aku berfikir beberapa nama-nama hebat antaranya Mohram instead of buat instrumental album dan tak ada orang beli, bukankah lagi b...

Music Issue Vol.1: Best Pop Album (so far..)

Entri kali ini agak spesial sebab aku nak list few album-album pop di malaysia yang bagus namun kurang perhatian sama ada diradio mahupun untuk diperkatakan di majalah, tv, dsb. so kita start dengan first album; 1) Camelia - Mimpi (2001) Sebuah album dengan nuansa jazz yang kuat dan sound-sound r&b yang agak baru dan urban pada masa itu. Album ini aku definisikan sebagai album terbaik Camelia dari segala aspek, pemilihan lagu, susunan muzik malah vokal Camelia yang sangat menyerlah. Album ini diproduced oleh Bodeng membariskan track yang termamat hebat Erti Hidup . Dengar saja intro dah cukup buat aku melayang. Selain itu track favourite adalah Bawa Cinta yang sangat groove, Mimpi , Bukan Yang Terbaik dan ballad Terlanjur sayang . Sayang sekali album ini hanya mendapat nominasi Kulit Album Terbaik (dan menang) dalam AIM. This is a very good jazz/pop album. 2) Liza Aziz - Hati Ini (1995) Ini antara koleksi rare aku. Hati Ini boleh dikatakan sebuah album yan...