#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Indie) Gerakan muzik underground atau indie saya kira tidak akan berhenti selagi masih banyak darah muda yang berani meneruskan sesuatu yang menentang arus perdana sehingga mereka masuk ke arus perdana. Apa yang dimulakan oleh legenda underground sekitar hujung 90-an dahulu – Cromok, Butterfingers, Sven Collar T-Shirt, Hujan, Bunkface dan lainnya akan sentiasa akan diteruskan. Corak muzik bagaimana yang menjadi percaturan atau apa lagi revolusi yang mahu diperkenalkan itu cabaran sebenar mereka. Apa yang harus dilakukan anak-anak muda ini adalah untuk tidak mengalah dengan pasaran semasa. Pedulikan jauh tentang penerimaan radio – diorang tak nak main diorang punya hal. Apa yang pasti anak-anak muda ini akan sentiasa ada pengikut yang jujur menyokong dan faham akan visi yang dibawa. Tahun ini nama-nama seperti Masdo dan Orkes A Hizadin di bawah kendalian AG Coco menempa kejayaan cukup luar biasa. Begitu jua dengan Sekumpulan O...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara