Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Ledakan Duet Pop Semasa - Strategi Pemasaran Muzik Yang Lebih Berkesan

Kolaborasi bukan idea baru dalam pemasaran muzik tempatan. Gabungan dua atau tiga penyanyi dalam satu sebetulnya satu strategi yang baik dalam memberi pendedahan penyanyi yang digabungkan pada masa yang sama mengukuhkan portfolio seseorang penyanyi itu sendiri. Akhiran ini, semakin banyak lagu duet dipertaruhkan sebagai single perdana mengisi frekuansi radio tempatan dan strim digital. Nama Datuk Siti Nurhaliza paling dominan dalam menghasilkan single duet yang saya sifatkan sebagai percaturan bijak membuat namanya relevan di pasaran semasa. Siti berduet dengan Hafiz dalam lagu Muara Hati (lagu tema Adam & Hawa) menjadi naskhah yang meneruskan keberadaannya dalam pasaran semasa seiring dengan artis-artis baru meningkat naik ketika itu. Formula ini diteruskan dengan duet Siti Bersama bakat seberang, Cakra Khan yang ketika itu (2014) sedang digilai tidak hanya di Indonesia tetapi di Malaysia. Dan sekali lagi formula ini nyata berjaya menjadikan nama Siti terus kekal me

#Review Siti Nurhaliza - #SimetriSiti

Rating saya di Twitter dengan meletakkan verdik 2 bintang untuk SimetriSiti mengundang cuak penggemar tegar Dato’ Siti Nurhaliza. Ada mengatakan saya haters dan berat sebelah dan ada yang menyatakan verdik saya tidak berasas. Jadi dengan itu saya ingin membuat pencerahan, sedikit penjelasan dan menjadi lebih kritis dan kritikal terhadap figura seni yang sudah memiliki lebih 15 album studio sepanjang tempoh 22 tahun dia mencipta nama sebagai anak seni dalam legasi muzik tempatan yang paling tinggi darjatnya - menyamai Tan Sri S.M Salim, Sudirman, Sharifah Aini dan Sheila Majid. Baiklah, sebagai pendengar saya sentiasa mahu dicabar dengan satu pengalaman mendengar muzik (album) lengkap yang memiliki satu konsep dengan kesinambungan muzik yang baik. Bagi saya muzik (album) adalah satu journey perasaan yang punya cerita lengkap dan cerita lengkap itu tidak semestinya pada penulisan lirik tetapi continuity penciptaan melodi yang melengkapi antara satu lagu dengan lagu lain.

#Review Dayang Nurfaizah (2017)

Sayang & Cahaya (2011) muncul ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum (Malique).  Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta radio. Dan dengan kehadiran album tersebut yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai penyanyi yang hebat. Sayang & Cahaya hadir lengkap sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah, Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu pengalaman muzik yang cukup hebat. Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal Biar begitu hebat persembahan album Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal menambat perh

#RetrospektifMuzik Sheila Majid - 32 Tahun Nan “Gemilang” Seorang “Legenda” Muzik Tempatan

Transisi muzik Malaysia secara umum dari awal era P.Ramlee sehingga legasi yang dicipta Sudirman, Search dan Siti  Nurhaliza mencipta momen tersendiri buat bakat-bakat muzik yang cukup tersendiri ini. Nama Sheila Majid tidak akan terlepas bila persoalan siapa ikon muzik tempatan diajukan. Bermula cukup yakin dan berbeza dengan single pengenalan - Pengemis Muda yang dimuatkan dalam debut Dimensi Baru (1985). Dia menarik minat ramai penggemar  muzik tempatan ketika itu dengan groove serta attitude muzik yang disifatkan bercitarasa tinggi. Nama Sheila Majid ketika itu sedikit sebanyak membuka ruang bagi pemuzik Pop dengan pengaruh R&B dan Jazz seperti Fairuz Hussein dan Famieza. “Boneka” - 13 Tahun Selepas Cinta Kita Dalam temu bual bersama Selamat Pagi Malaysia, Sheila Majid memberitahu Boneka mengambil masa 2 tahun pembikinan. 4 daripada 100 lagu pertama yang diterima dipilih untuk dimuatkan dalam album ini. Boneka hadir dengan 10 trak dalam nuansa yang saya

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#RetrospektifMuzik 17 Tahun “Kirana” Sebagai Naskhah Pop Yang Maha Hebat

Ketika album ini beredar sekitar tahun 2000, Nora mengalami satu transisi karier apabila dia tidak lagi berkemudi di bawah kendalian Warner Music dan bergerak cukup agresif bersama BMG Music dengan menghasilkan Kirana yang mengambil sejumlah kos yang cukup tinggi dalam pasaran album tempatan ketika itu. Dikhabarkan pihak Nora dan BMG mengeluarkan modal melebihi 100k untuk menzahirkan Kirana. Dan jika benar kos sebegitu tinggi yang dikeluarkan, saya kira ia amat berbaloi kerana penghasilan Kirana antara yang cukup teliti dalam banyak-banyak album yang Nora pernah terbitkan. Album ini cemerlang di Anugerah Industri Muzik 2001 dengan membawa pulang 3 trofi utama beserta 2 pencalonan lain. Kirana dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik manakala single perdana Menyemai Cinta Bersamamu (Azlan Abu Hassan / Ucu) membawa pulang trofi Lagu Terbaik & Sususnan Muzik Dalam Lagu Terbaik. Nora memberi persembahan vokal terbaik dalam Kirana namun tewas di tangan Siti yang pulang be

#PerspektifMuzik Muzik Video - Peranan Visual Dalam Muzik

Seni pembikinan muzik sebetulnya tidak hanya terikat pada idea penciptaan lagu yang bagus, lirik yang puitis dan penyampaian vokal yang cemerlang. Jika difahamkan secara menyeluruh konteks pemasaran muzik, seni visual menerusi imej artis, visual promo (cover album contohnya) dan muzik video memainkan peranan penting. Pada era 90-an kita memiliki kualiti muzik video yang cukup bagus sehingga ke era pertengahan 2000. Nama-nama seperti Virginia Kennedy (Awan Yang Terpiliu), Saw Teong Hin (Fanatik), Yusry Abd Halim (The Way We Jam) dan Zaili Sulan (Nanti - Innuendo) antara yang cukup dominan menghasilkan video muzik yang berkualiti tinggi. Muzik video satu ketika dulu dilihat sebagai satu elemen penting dalam pemasaran sesebuah produk muzik. Sheila Majid, Ziana Zain dan KRU antara yang sentiasa konsisten dalam penghasilan muzik video yang bagus di era 90-an. Bakat-bakat di bawah kendalian Positive Tone seperti OAG, Innuendo, Deanna Yusuf dan Liza Aziz antara yang cukup prom

#BetariSeni Ella

Dua puluh lapan tahun diharungi tanpa lelah dan penuh minat. Berbual dengan Ratu Rock ini memberi bayangan cukup jelas bidang muzik yang dipilih adalah jiwa dan kehidupannya. Album Pengemis Cinta yang diterbitkan Ramli Sarip pada 1989 menjadi titik tolak pembabitan Ella dalam bidang muzik dan dengan pantas dia mencuri tumpuan dengan hit-hit hebat seperti Permata Biru, Sembilu, Layar Impian, P.P.P, Retak, Simbiosis dan Oh! terlalu banyak kiranya jika saya mahu tulis di sini. Hal ini menjadi bukti bahawa pengaruhnya cukup luar biasa kerana jika anda bukan peminat tegarnya sekalipun setidaknya bila disebut namanya pasti akan ada satu trak all time favorite yang akan kita hafal. Soalan pertama saya padanya, apakah album kegemarannya sepanjang merakamkan album dia pantas menjawab EL (1998) sebelum menyebut Ella U.S.A (1994) dan 30110 (1992).  “Album EL begitu personal dan Ella puas dengan kualiti rakamannya. Pada waktu itu teknologi rakaman muzik tidak secanggih sekarang dan untuk m

Eyza Bahra – “SUARA” Yang Harus Didengarkan

Bagi yang masih ‘hijau’ tentang bakat Borneo ini, Eyza Bahra merupakan mantan ahli Salammusik (Ingat lagi kelibat Eyza di AJL 28 menerusi hit Aku Pelat). Setelah beberapa single solo perdana dikeluarkan, kini Eyza tampil 100 peratus sedia dengan Suara. Kalau anda belum pernah mendengar Eyza apa yang saya boleh gambarkan tentang bakat solo ini adalah – nuansa hip-hop yang diadun pop semasa dengan suara keras kadang kasar tetapi masih melodious dan sedap didengar. Suara dibuka dengan trak  Cakerawala  yang membawa namanya secara solo di persada mainstream. Trak ini catchy, mudah diingat dan santai. Sebagai single utama saya kira lagu begini tidaklah begitu menyerlahkan kebolehan sebenar Eyza tetapi sebagai naskhahnya komersil, Cakerawala  acceptable . Saya lebih tertarik dengan  Bulan  yang lebih lembut dan feel Eyza bagus. Dia bijak menyalurkan emosi yang ada untuk trak ini. Eyza bukan power house singer macam Dayang Nurfaizah atau Ernie Zakri jadi usahlah mengharapkan a