Skip to main content

Posts

Showing posts with the label 2017. concert

#Showcase Noryn Aziz Rise Up at Bobo KL

Terakhir saya menonton Noryn Aziz secara live di Alexis, Ampang sekitar Jun 2010 bersempena pelancaran album I’m Alright (Baca di sini: https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/06/noryn-aziz-im-alright-showcase.html ) dan saya kira itu yang terakhir persembahan terbuka Noryn yang paling intimate pernah saya tonton. Sebelum itu saya pernah menonton Noryn bersama Atilia di Alexis juga. Sejak itu, Noryn sudah menjadi favorite vocalist local yang kita ada. Selepas fasa I’m Alright, Noryn senyap entah di mana dan ke mana hilangnya sehinggalah perkhabaran perkahwinannya diwar-warkan secara meluas di media cetak khususnya. Dan sejujurnya, saya sudah putus harapan untuk mengharapkan Noryn kembali aktif. Biasalah bergelar penyanyi di Malaysia (wanita khususnya) fasa selepas perkahwinan akan membuatkan momentum kerjaya mereka sedikit perlahan. Hal ini terjadi pada nama-nama besar seperti Ziana, Liza Hanim dan Noryn sendiri. Dan hari ini selepas tujuh tahun persembahan I’m Alright di ...

#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.

Debaran dan teka-teki siapa yang bakal disenarai pendek bagi musim keempat Gegar Vaganza diumumkan semalam (10 Oktober) dengan beberapa kejutan yang admin sendiri terkejut. Liza Hanim menjadi calon harapan admin kali ini tersenarai dalam 12 peserta yang bakal bertanding 29 Oktober nanti. Gegar Vaganza landasan yang sangat baik sebenarnya untuk artis-artis senior ini menyerlahkan kembali segala kudrat akan bakat serta kebolehan membuat persembahan pentas secara profesional. Ayai, Siti Nordiana dan Azharina telah membuktika ini medan terbaik untuk mereka kembali dihargai akan bakat serta kebolehan yang ada. Pada masa yang sama ini pentas yang cukup baik untuk mereka membuktikan bahawa mereka penyanyi yang bagus dan perlu mendapat tempat yang betul di lapangan seni muzik tempatan. Lihat sahaja bagaimana Siti Nordiana membesarkan skala kebolehan muzik dan nyanyiannya. Berbanding Siti Nordiana yang kita kenal beberapa tahun dahulu, Nana hari ini polish sebagai penyanyi Pop ya...

#PerspektifMuzik Let Us Be Honest About AF Megastar!

Sebetulnya saya tidak mahu terlalu mengambil serius tentang AF Megastar ini kerana akhirnya ia hanya menjual idea hiburan hujung minggu yang silih berganti. Tetapi saya terus terang pada masa yang sama saya tidak boleh pandang ringan pada AF kerana suka atau tidak ia akan menjadi bahan bual dan saya percaya daripada bahan bual ramai ia akan jadi satu sub budaya dalam showbiz tempatan. Saya sejujurnya juga kurang berminat pabila melihat 24 calon finalis tanpa Kaer, Vince, Farah dan Farhan but again saya kira sebagai manusia mereka berempat evolve dan matang atau mungkin semakin realistik. AF bukan lagi platform yang baik untuk meneruskan kelangsungan minat dalam nyanyian. Jadi Kaer semakin selesa sebagai pereka, Farhan dan Farah semakin bahagia sebagai isteri juga ibu. And yes, that’s how human evolve in life – bukan melepaskan minat dan bakat but more clear dengan tujuan hidup sebab minat doesn’t pay your bills . So, I am okay mereka tidak memilih untuk masuk AF Mega...