Artis: Bil Musa Album: Bil Musa (2015) Produser: Shafiq Mohd / Bil Musa Verdik: 3/5 Bila Yuna mengumumkan dia menandatangani seorang lagi bakat baru saya berharap bakat tersebut bukanlah sekadar untuk mencari another Yuna. Selepas Diandra Arjunaidi yang saya kira gagal memancing minat pendengar tempatan (hanya sekadar hit trak Angkasa) saya harap Yuna dapat mencari bakat baru yang hadir dalam idea muzik berbeza tetapi nyata Bil Musa hanya menawarkan idea serupa yang terikat dengan penciptaan melodi dan muzik yang serupa dibawa Yuna, Diandra dan juga Zee Avi. Tetapi tidak mengapalah setidaknya bertambah juga penyanyi yang punya kebolehan bermain alat muzik dalam industrI muzik kita yang kecil ini. Debut ini dibuka dengan cukup lembut petikan gitar dalam trak The Beach. Melodi ini sangat mencedok idea berulang Zee Avi dan sejujurnya sehingglah album ini habis diputarkan fikiran saya melayang andai lebih baik album ini adalah album terbaru Zee Avi sebab suara Zee A
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara