Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

#RetrospektifMuzik Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an

Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali. Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein. Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sud

#RetrospektifMuzik Menelusuri 39 Tahun Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Saya mula mendengar album ini hanya kira-kira tiga empat tahun kebelakang. Sebelum itu nama biduanita Sharifah Aini bukanlah berada dalam rujukan muzik saya namun album Lela Manja atau lebih tepat lagu Ratapan Kamarulzaman benar-benar membuka mata saya terhadap muzik Melayu Asli. Mendengar lagu tersebut buat saya tersentuh, terbuai dan khayal dalam satu pelayaran muzik yang penuh emosi yang kaya sekali bunyian Melayunya. Ratapan Kamarulzaman is a masterpiece – antara karya Melayu Asli yang cukup kaya sekali perasaannya. Saat biduanita Sharifah Aini melantun bait “Sayang… Kiambang” Sudah jauh membawa saya melayang dengan alunan yang cukup merdunya itu. Lela Manja diterbitkan maestro muzik Alfonso Soliano dengan bantuan Arshad Ismail dan Harris Harun yang banyak menyumbang terhadap perkembangan muzik tempatan sepanjang era 60-an dan 70-an. Kolaborasi Sharifah Aini dan Hamzah Dolmat dalam penghasilan album ini bagaikan penyatuan dua alunan yang paling merdu kita ada dala