Faizal Tahir dan batalion Faithful Music tahun ini antara yang banyak menghasilkan karya Pop yang bermutu. Daripada karya Faizal sendiri sehingga kolaborasi nama besar seperti Aizat, Nastia, Caliph Buskers sehingga ratu Rock – Ella mencipta satu kosmik muzik Pop yang lebih segar dan terkini. Hael Husaini saya angkat sebagai the next singer songwriter yang memiliki potensi yang cukup besar untuk berkembang sebagai penyanyi juga komposer. Selain Alif (SleeQ) yang sudah saya ulas dalam entri Produksi Muzik Urban. Berikut Pilian Pop Terbaik sepanjang tahun ini. Beberapa lagu dalam senarai ini akan diulas panjang bagi entri Produksi Muzik Terbaik (Lagu Terbaik) jadi saya hanya ulasan ringkas 10 Lagu Pop Terbaik untuk entri ini. JAMPI / HAEL HUSSAINI Komposer & Lirik: Hael & Ezra Kong Hael bergerak solo dengan cukup cemerlang menerusi lagu ini yang saya kira sudah pasti semua mampu menikmatinya. Jampi harus menjadi benchmark Hael dalam menghasilkan single seterusnya ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara