Sebahagian 2018 berjalan tanpa kejutan menghidang sejumlah lambakan balada yang datang dengan formula serupa. Dan setelah hampir 2-3 single saya masih tidak faham apa yang membuatkan Khai Bahar begitu dijulang dan lebih saya tak faham lagu sebagus Sentiasa Merinding tak dapat airplay langsung. I mean kenapa teruk sangat taste muzik korang? Melihat carta 10 teratas JOOX, Spotify dan RIM buat saya tepuk dahi. Radio masih lagi dengan prinsip atas permintaan tanpa mahu menjadi ‘pendidik’ – what should you listen and what you should not. Media di TV atau akhbar pun serupa. Masing-masing sibuk menjilat yang paling popular demi rating dan circulation. Pasaran urban Pop (Bukan hip-hop) semakin jauh dengan pasaran semasa, album No.3 Atilia jauh sekali dapat kita dengar diperkatakan, NJWA yang muncul dengan EP tiga lagu yang cukup membanggakan juga semakin meragukan permintaannya. Dan jumlah 2 juta strim di Spotify untuk lagu Vibe oleh Kuizz Shah bagai tiada makna untuk...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara