Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya. Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya. Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara