Kita cakap hal-hal yang tak menarik tentang album ini dulu. Satu, kualiti printing di muka depan album ini sangat sucks! Inlay yang ala-ala wedding album dengan font dan susun letak gambar yang kurang menarik buat aku fikir designer album ini betul-betul membunuh idea yang ada. Banyak gambar yang cantik namun hilang habis seninya dengan reka atur dan rekaan sisipan yang amat buruk bagi aku. Ok sudah tentang yang fizikal kita masuk bab spiritual Dayang dalam muzik dipersembah, Dayang, Sayang & Cahaya ini. Dibuka dengan re-make Mulanya di sini (Royston Sta Maria/Syed Haron) yang pernah dialun dendang oleh band pop Freedom sekitar 80-an. Ya semua amat familiar dengan lagu ini dan susunan semula yang dibikin Zain dan Omar K ini sekadar memberi serlah aura Dayang sebagai pembukaan yang baik bagi album ini. Sama seperti apa yang dilakukan dalam pembukaan Dayang 2007 menerusi trak Cerita Cinta Dayang. Trak kedua, Sayang (Omar K/NuurIman) single pertama bagi solo album kelap...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara