Skip to main content

Dayang, Sayang & Cahaya (2011)


Kita cakap hal-hal yang tak menarik tentang album ini dulu. Satu, kualiti printing di muka depan album ini sangat sucks! Inlay yang ala-ala wedding album dengan font dan susun letak gambar yang kurang menarik buat aku fikir designer album ini betul-betul membunuh idea yang ada. Banyak gambar yang cantik namun hilang habis seninya dengan reka atur dan rekaan sisipan yang amat buruk bagi aku. Ok sudah tentang yang fizikal kita masuk bab spiritual Dayang dalam muzik dipersembah, Dayang, Sayang & Cahaya ini.

Dibuka dengan re-make Mulanya di sini (Royston Sta Maria/Syed Haron) yang pernah dialun dendang oleh band pop Freedom sekitar 80-an. Ya semua amat familiar dengan lagu ini dan susunan semula yang dibikin Zain dan Omar K ini sekadar memberi serlah aura Dayang sebagai pembukaan yang baik bagi album ini. Sama seperti apa yang dilakukan dalam pembukaan Dayang 2007 menerusi trak Cerita Cinta Dayang. Trak kedua, Sayang (Omar K/NuurIman) single pertama bagi solo album kelapan r&b diva ini seperti biasa yang kita dengar soothing, relax dan softer side of Dayang. 

Saya lebih tertarik dengan r&b Rahsia Cinta (Zain Almohdzar/Omar K) yang punya korus amat baik secara keseluruhannya. Groove melodi dan susunan yang disusun baik dengan power vocal Dayang. Selingan sax pada penghujung lagu ini yang sangat seksi! Sabarlah (Zain Almohdzar/Omar K) bermula dengan indah petikan piano. Again lagu ini ada korus yang amat kuat dengan moment yang mudah buat kita kenal dan ingat kekuatan Dayang. I can’t help but wonder how beautiful Dayang perform live untuk trak ballad yang cukup hebat ini.

Kau Bintangku / My Sunshine (Stella Reid/Zuriani/NuurIman) dan Stay (Chuckii Booker/Zuriani) hadir sekali lagi dengan groove yang mengancam saya lebih suka deep jazz mood dalam Stay yang yang buat aku melayang! The way how Dayang present lagu ini buat melodi ini selamat! Rujuk Najwa & Noryn Aziz untuk trak soul begini. Hingga Ke Akhirnya (Afdlin Shauki) kembali dengan nuansa ballad yang menjual vokal hebat Dayang. Saat Itu (Audi Mok/Shah Shamsiri) punya verse yang baik cuma kurang gemar dengan korus pada trak ini. Life With You (Zain Almohdzar/Omar K) hadir dalam mood akustik yang amat soothing. Ibarat mendengar nyanyian live Dayang trak ini one of the best ballad yang beri punch luar biasa pada keseluruhan album ini.

Perlukan Cinta ft. Tompi (Audi Mok/Ad Samad) is the best track dalam album ini. Audi Mok mencipta melodi ini dengan hebat dan apa yang boleh aku katakan this the best collaboration so far untuk tahun ini. I’ll keep repeating this track before move to next track. Groove dalam melodi dan susunan trak ini buat saya benar-benar enjoy dan yes this is a perfect match! Album ini ditutup dengan trak Kutemu Cahaya yang dicipta Yasin. Agak janggal mendengar kali pertama namun bila didengar dua tiga kali buat saya fikir lagu ciptaan Yasin ini indah cuma penyampaian Dayang agak keras di beberapa part yang sepatutnya lebih soft. But after all ia masih yang bagus.

Dayang, Sayang & Cahaya sayaletakkan antara album terbaik Dayang selepas Dayang Sayang Kamu, Kasih, Seandainya Masih Ada Cinta dan ya pasti album livenya yang masih saya dengar sampai hari ini selepas kelahiran 20 07 yang kurang menarik pendengaran aku. Spirit dan soul Dayang amat kuat di dalam album ini dan pastinya penantian 3 tahun untuk full album begini adalah sesuatu yang amat berbaloi!

Penerbit: Zain Almohdzar, Omar K, TC Meng, Zuriani, Jenny Chin, Audi Mok, Yassin 
Jururakam: Yasin / Audi Mok / Rahmad Ayob / Jenny Chin / Zuriani
Verdik: 4/5

Comments

  1. tak sempat2 lagi nk beli album ni....

    ReplyDelete
  2. kena beli cepat. sangat bebaloi

    ReplyDelete
  3. I x dapat rasa apa yang u rasa dalam album dayang nih... mungkin i terlalu skeptikal dan mengharapkan dayang hadir dgn kualiti yang sama dengan album Dayang SAyang Kamu... :(

    ReplyDelete
  4. well itulah dayang. she always challenge the listener dgn sound baru dr. music maker baru. it would be a nice suggestion for you to follow start to listen this 6 track frst

    1)perlukan cinta
    2)sempurna selamanya
    3)rahsia cinta
    4)hingga ke akhirnya
    5)sabarlah
    6)life with you

    yg lain tu abaikan dulu. dengar ikut susunan dalam masa 3 bulan ni, then bole try dgr the other track ;)

    ReplyDelete
  5. akhirnya, dpt gak beli album ni.... mmg berbalOi.... my rank list :
    1. rahsia cinta
    2. perlukan cinta
    3. life with you
    4. sempurna selamanya
    5. hingga ke akhirnya
    6. ku temu cahaya
    7. saat itu
    8. sabarlah
    9. stay
    10. sayang
    11. bermula disini
    12. kau bintangku

    overall, muzik mmg mantap.... susunan muzik sgt bagus.. kualiti terbaik... vOcal? x perlu dipertikai... cuma kurang lagu yang betol2 mencabar vocal dayang.... apa2 pown mmg 4/5 star

    ReplyDelete
  6. ur review almost matched my faves. i love the composition of rahsia cinta tu. my friend said that "sabarlah" was a remake tu. Zain Almohdzar is actually the singer for Sad Angry Babies (this grup is actually popular before the hypes of bunkface+yuna+etc etc). good song!

    n kudos, good review!

    ReplyDelete
  7. Hi blogger boy. yes sabarlah lagu asal sad angry babies with a diff rendition. i like dayang the most, simple n really shows dayang ability!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...