Skip to main content

TILU (2011)

TILU (2011)
Penerbit: Reza Ramsey
Juru Rakam: Puja Pasaka / Reza Ramsey
Juru Adun: Reza Ramsey
Kreatif: Ahmad Zahili Kassim
Verdik: 3.5/5


Aku ambil masa lama untuk dengar album ini. Bukan apa sebabnya aku rasa Tilu ada taste muzik dan groove yang baik untuk jadi the next big thing dalam industri cuma apa yang membunuh album ini sebenarnya adala Mira iaitu vokalis kumpulan ini. Terus terang aku cakap she cannot carry muzik Tilu. Banyak trak bagus dalam album ini dimatikan dengan flat note, emotionless dan dinamik yang tak ada langsung dalam nyanyian Mira. Jadinya selepas berbulan album ini terperap menanti review, aku punya idea lebih menarik untuk review album ini dengan mengangkat "what if" album ini tidak mempunyai vokalis dan mengundang penyanyi luar untuk melengkapkan album ini. So review kali ini jadi lain sedikit sebab aku mahu membayangkan Tilu is a musical band tanpa vokalis. Sebabnya mudah; Mira voices is sucks!

MALAM MINGGU (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Sarimah Ibrahim

Ini sebuah pembukaan yang manis untuk album ini. Groove Tilu dengan susunan muzik dan chicky mood yang dipersembahkan cukup menarik perhatian aku. Especially susunan trumpet dalam melodi lagu ini. Korus "Ding dong, ding" dan spontaneous lyric yang ada buat trak ini sangat cool, lantas aku teringat sound hebat dalam sountrack Long Vacation dan vokal ala "chipmunk" Sarimah akan bikin track ini amat interesting!


AKU BUKAN AKU (Edry Abd. Halim)
Cadangan nyanyian: Yuna

This is the finest track untuk jadi anthem Tilu. Edry ada melodi dengan korus kuat dalam trak ini yang entah dicedok dari lagu mana pula kali ini, entah. Santai dan amat menyenangkan buat aku fikir ia antara trak cool yang ada di pasaran radio lately. Waht if Yuna on it? Sudah pasti menjadi material AJL next year.


TOLONG (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Noryn Aziz ft. Yuna

Wow aku sangat suka akan susunan muzik dalam trak ini. One of the best arrangement! Mood jazz yang super cool buat trak ini jadi antara yang paling banyak aku ulang dengar. At this moment aku semakin yakin dengan groove yang ada pada muzik Tilu. Aku membayangkan how beautiful trak ini dimulakan Yuna seawal bait "Kuingat selalau dirimu, Setiap waktu kurindu" dan disudahkan dengan weight vokal Noryn Aziz hingga ke akhir lagu. Trak ini pendek namun punchnya akan terasa jika diberi pada penyanyi yang betul!


DIAM-DIAM (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Nikki

Lagu begini perlu penyanyi yang tahu how to deliver the gedikness dan chickyness dalam penyampaian kerana melodi dan liriknya penuh attitude begitu dan Mira masih flat pada trak ini. Aku hanya membayangkan Nikki dalam Perang Atau Cinta menerusi debut Maharani. She would be perfect for this track.


JANGAN-JANGAN CUBA (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Shila Amzah

Ingat Dimana, Dimana (Ning, Shila, Jac) sudah cukup buat aku fikir Shila is the perfect person to sing this track! She know how to deliver this persis urban dangdut perfectly! Trak ini punya groove dangdut dan r&b pada masa yang sama. Lirik catchy yang mudah menangkap jadi kunci kepada trak groovy ini especially pada department korus!


YANG INGIN KUCINTA (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Sabhi Saddi

Mood bossa dalam trak ini juga sebuah naskah cool. At this moment Puja Pasaka akan menjadi perhatian aku! Dia tahu drive the melody with the good arrangement. I didnt see so much local talent (if dia local) yang mahu bikin track seperti ini.


I.L.U (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Kaer Azami

Semangat r&b sangat kuat dalam trak ini. My ear would easily digest dengan trak yang begini! Dan aku membayangkan seorang penyanyi lelaki yang ada soul dan falsetto yang baik untuk track begini, which again Mira tak ada elemen begini. So if aku Tilu this track going to be deliver oleh Kaer.


KAU SELALU ADA (Puja Pasaka)
Cadangan nyanyian: Atilia dan Cheryl Samad

It would be nice if this naskah dipadu kepada dua penyanyi wanita yang punya aura jazz pop yang baik. Trak begini buat aku teringat pada muzik Malique N' The Essential. Susunan muziknya punya pengaruh kuat band dari indo tersebut. Cuma jika mahu diduetkan perlu ubah lirik sedikit. But overall trak ini masih sebuah trak yang amat baik

OVERALL ini sebuah album dengan drive melody, mood dan susunan yang hebat yang ada di pasaran. Kesilapan terbesar Tilu adalah memliliih Mira sebagai vokalis. Ibarat makan biskut kering tanpa cicah kopi, kan tak berapa sedap tu! So Tilu harus bikin strategi yang lebih baik selepas ini. Mereka tidak perlukan vokalis tetap, hanya mengambil penyanyi luar yang benar-benar mampu bikin justifikasi yang baik buat setiap trak yang dibikin. Hal ini sedang dibikin Meet Uncle Hussein dan tak salah rasanya Tilu buat perkara yang sama! Kudos buat melodi dan groove yang mereka ada. Buat Mira sila belajar banyak lagi. Aku boleh bagi 4/5 untuk album ini namun apabila dimatikan dengan vokal Mira markah untuk album ini diturunkan.

Comments

  1. setuju.... tilu ni muzik da bagus... mira nyanyi x de jiwa... mungkin sore mira x sesuai ngn genral muzik tilu.... kalo masuk af ni, kena tibai ngn kak Ogy dak mira ni.. hak3...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se