Skip to main content

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya (1992)

Penerbit: Ruth Sahanaya & JACEY Production
Susunan Muzik: J.A.C.E.Y, Tito Soemarsono
Verdik: 5/5

FINALLY album ini berjaya aku download (ya secara haram) penuh beberapa minggu lepas. Tanyalah siapa pun yang membesar di era 90-an Kaulah Segalanya begitu kuat mempengaruhi muzik tempatan.Dan aku masih ingat obsesi kakak aku ketika lagu ini meledak Makaysia sampai sanggup kumpul duit beli vhs karaoke yang ada trak ini. Dan membelek kembali album paling berpengaruh dalam karier Dayang Nurfaizah yang turut meletakkan Kaulah Segalanya sebagai album pilihannya sepanjang zaman.

Album ini mendapat sentuhan 5 produser ulung dalam industri muzik Indonesia yang menggelarkan diri mereka JACEY iaitu mewakili James F.Sundah / Aminoto Kosin / Candra Darusman / Erwin GUtawa / Yos Pattipeolohy. Dan nama-nama ini masih lagi besar pengaruhnya sehingga kini baik di Indonesia mahu sekalipun Malaysia. Dan nama lain yang berpengaruh sehingga kini seperti Youvie Widianto dan Andre Hehanusa turut menyumbang buat masterpiece milik Ruth ini.

Album ini bukanlah debut Ruth Sahanaya selaiknya merupakan album ketiga dalam sejarah karier beliau. Album yang dibuka dengan trak killer sepanjang zaman Kaulah Segalanya yang dicipta oleh Tito Soemarsono ini begitu hebat kualiti popnya. Dengan bekal melodi yang kuat beriring susunan simple dan korus yang baik merupakan formula terbaik bikin trak ini jadi anthem Ruth. Goyang Suka-Suka (Erwin Gutawa/Lulu Gutawa) fast trak dengan nuansa sound-sound festival yang bikin sesiapa dengar turut bergoyang. I think you can tell through the title it self.

Pergilah (Toni P.Sianipar/Brian Beate) buat aku teringat Tua Sebelum Waktunya milik Sheila Majid. Groove begini sentiasa mudah untuk pendengaran aku. Dengan susunan synth dan keyboard Aminoto Kosin bikin ia jadi trak yang aku ulang dengar. Bagaimana (Aminoto Kosin/Lulu Gutawa) kembali mellow dengan mood rnb yang amat baik. Aku sukakan petikan gitar yang ada di antara melodi dan nyanyian Ruth yang menyatu baik. Lagu ini baik kerana punya korus yang benar-benar memikat.

Apalagi (Eddy Harris/Lulu Gutawa) dibuka dengan vokal lunak Ruth disulam petikan keyboard. Sekali lagi nuansa pop rnb ala Roberta Flack melatari trak ini. Bahagian tengah dan korus lagu ini amat menarik dan punch trak ini dirasai di bahagian "Apa lagi yang harus kumengerti, Alagi yang akan ku hadapi" Begitu terasa sekali nyawa pada vokal Ruth yang disampaikan dengan penuh jiwa.

Merenda Kasih (Yovie Widiyanto) is my all time favourite track! Ah aku ulang dengar lagu ini berkali-kali and this track actually the reason why i am working to download this whole album! Trak ini buat aku fikir Yovie memang master of good ballad track! Verse yang baik dan killer chorus yang mampu bikin sesiapa saja melayang dengan trak ini. Puitis lirik ciptaan Youvie ini sendiri menjadi alasan akan kekuatan trak ini. This is a masterpiece!

Cinta Pasti (Andre Hehanusa) hadir dalam mood blues dan rnb yang hebat! Masa-Masa Inda (Erwin Gutawa) kembali rancak namun masih kental mood rnb-nya. Album ini ditutup dengan trak Satu Cinta (Candra Darusman, James F. Sundah) yang kembali mellow dan blues di tengahnya dengan pengaruh jazz yang minimal. Aku dapat bayangkan lagu ini pasti akan menjadi menarik jika dibawa dengan live band dengan susunan yang lebih jazzy! Trak ini menjadi penutup yang amat baik buat album ini.

Secara total album ini aku fikir banyak sekali menajadi nadi kepada lambakan banyak album pop rnb yang berada di pasaran sehingga kini. Ia diterbit dengan baik sekali. Melodi yang kuat dengan susunan muzik dan lirik yang baik bikin ia jadi kahazanh pop yang amat baik buat koleksi nusantara ini. Dan ia mengingatkan aku betapa Ruth dan Sheila Majid mendukung kekuatan yang sama iaitu shaping the pop music industry!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se