Its been awhile since the last post. Dengan macam-macam
benda yang jadi dalam mass music lately aku paling tertarik dengan debut talent
YouTube yang satu ini. Najwa Latif yang kita kenal dengan pop Cinta Muka Buku
finally keluar dengan mini album yang menurut aku sangat okay!
Album ini dibuka dengan trak Cinta Muka Buku dan diikuti
single kedua Carta Hati. Nasihat terbaik aku untuk orang yang tak berapa
berkenan dengan muzik easy pop yang dibawa Najwa Latif ini mulakan dengan trak
ketiga, Kosong. Lagu yang dicipta Najwa dan Ika ini adalah killer album ini. to
be frank I would buy this album because of this track. Aku mendengar album ini pertama kali semasa
memandu dan inilah trak yang paling banyak aku ulang dengar. This Najwa girl
really got a killer melody here. Especially di department korus "Segala
kata cacian yang telah engkau berikan
Membuatku rasa Kosong...kosong"
Melodi begini buat aku fikir Najwa ada future yang baik Cuma perlu diberi
lebih ruang dan masa untuk dia benar-benar matang dengan muzik yang dibawa. Cuma
apa yang kurang bagi aku pada trak ini adalah susunan yang terlalu predictable dan
ringan sebab melodi lagu ini bagi aku agak berat untuk sebuah pop. Jika digubah
lebih mellow dan dramatik ia akan jadi piece yang lebih hebat. Namun untuk
talent sebesar 16 tahun ini aku anggap ini sudah cukup baik.
Sahabat (ft. Sham Kamar &
Sleeq) juga sebuah lagu yang amat menarik. Blend vokal Najwa, Sham dan Sleeq
buat trak ini sempurna dengan susunan melodi yang cukup santai. Album ini
ditutup dengan trak I Love You yang masih berlegar dengan mood dan melodi yang
sama. Pujian harus diberikan pada kualiti rakaman setiap trak yang bagi aku
smooth dan accurate.
Overall bagi aku yes, Najwa Latif
might not be my cup of tea before dan aku pasti most of Malaysian juga. Tp sekali
sekala tukar cup and have a different taste would be great jugak. Aku saat ini
rasa kagum sebab kita ada bakat semuda ini dengan talent bermain alat muzik, menyanyi
dan yang paling penting kebal dan tegar untuk buat apa yang dia suka tanpa kisah apa orang nak cakap. Najwa dah
buat apa yang dia patut buat dan apa yang patut kita buat adalah support this
talent untuk jadi lebih matang dan pergi jauh. Ingat Yuna je boleh?
Confirm akan beli album dia...
ReplyDeletebeli! beli!
Deletesetuju dgn 'Kosong' lagu tu some sort of tuning point dlm progress muzik dia.
ReplyDelete:)
errkk tensi tgk dia pandai maen guitar......dah beli guitar tapi tak usik pon lagi hahah
ReplyDeletelagu sahabat terbaik... :)
ReplyDelete