Skip to main content

Hala 'POP' Kita

Sebahagian daripada tahun 2013 telah kita lalui. Bakat baru yang berkualiti semakin kurang atau mungkin tidak salah jika saya sebut hampir tiada. Semuanya datang dalam pakej trend yang mengikut formula serupa. Najwa Latiff beri sedikit kejutan dalam pop culture tempatan apabila mencuri tumpuan sebagai bakat YouTube yang hangat sekitar fasa 2010/11 dengan hitnya Cinta Muka Buku. Menjelang tahun kemudiannya, Ainan Tasneem muncul dengan trak 150 Juta. Ideanya sama, muziknya serupa dan buat penggemar muzik pop tempatan bertanya – Apa yang cuba dia buktikan? Dan inikah pelapis yang kita mahu ketengahkan?

Saya jarang mendengar radio kebelakangan ini dan kerana mahu menulis artikel ini saya membelek carta hit radio tempatan melihat apa yang sedang hangat. Sehingga artikel ini ditulis masih lagi saya melihat nama Hafiz (Bahagiamu Deritaku) Stacy (Bosan) Hazama (Relakan Jiwa) dan ya, Ainan Tasneem dengan 150 Juta berada di carta teratas. Nama Judika, Firman dan Cakra Khan dari seberang juga antara yang teratas. Saya membuat konklusi bahawa selera muzik pendengar tempatan nyata tidak berubah atau orang radio kita yang masih berada di takuk yang lama.

Bukanlah menidakkan kehebatan melodi M.Nasir buat lagu Angin Syurga (Misha Omar) atau menafikan betapa terbuainya saya mendengar alunan Dayang dalam trak Bisikan Rinduku. Tapi sejujurnya dua bakat ini mampu memberi sesuatu yang lebih genuine daripada dua trak tersebut. Dan bercakap tentang vokalis wanita yang hebat, ada lagi pelapis selepas Jac, Dayang dan Misha? Saya jenuh menjengah laman YouTube nampaknya tiada lagi pelapis power vocal setakat ini.   

Namun di balik semua itu dapat kita lihat arus muzik hip-hop tidak pernah haus dalam memberi variasi buat penggmar muzik tempatan. Dan apa yang mebanggakan setiap satu daripada mereka ini hadir dengan entiti muzik yang cukup ramuan internasional tanpa meminggirkan jati diri sebagai anak Malaysia. Saya bangga menyebut nama Altimet, W.A.R.I.S, Salam Musik, dan Kayda (yang juga anak kepada legenda muzik, Sheila Majid) sebagai pelapis muzik hip-hop yang di bangkitkan semangatnya oleh Too Phat sekitar hujung 90-an.

YUNA, ZEE AVI, SHILA…
Lupakan seketika Siti Nurhaliza kerana dia berada di legasi lain (tersendiri). Kita harus lebih lega dan beri lebih tumpuan pada Yuna, Zee Avi dan Shila Amzah. Ketiga-tiga bakat ini punya satu persamaan dalam membuktikan bahawa mereka tidak perlu terikat dengan ‘demand’ muzik tempatan yang stagnant dan keluar menjual bakat yang mereka ada. Saya tahu mainstream haters gonna hate Shila dengan drama cintaya sebelum ini tapi percayalah orang di China tidak akan menyunting bakat luar dengan kontrak jutaan ringgit jika mereka tidak berbakat dan tugas kita sebagai pendengar, pemerhati muzik adalah untuk terus menyokong baik Shila, Yuna juga Zee Avi.    

…DAN BOBO?
Daripada bintang parodi YouTube kepada bintang MIG. Bobo membuktikan sesiapa pun boleh popular dan tidak mustahil untuk popular sekali pun caranya bukanlah sesuatu yang bijak. Saya percaya Bobo sendiri tidak pernah terfikir untuk mendapat tawaran sebagai bintang dan tidaklah saya terkejut juga jika selepas ini ada beberapa lagi yang cuba sedaya mungkin meraih perhatian serupa. Tidak juga mustahil jika sedikit masa lagi Bobo akan keluar dengan single sendiri. Tapi apa pentingnya bakat seperti ini? Untuk memberi hiburan dan sekadar bahan jenaka?

WAJAH HARAPAN



KYOTO PROTOCOL
Saya awalnya biasa-biasa sahaja dengan kugiran ini. mungkin kerana pendekatan lagu berbahasa inggeris yang dikendong buat saya pertikaikan originality yang ada. Namun setelah menonton mereka di rancangan Versus musim kedua, saya berubah fikiran kerana mereka nyata hebat. Jika anda tidak pernah melihat persembahan live mereka saya cadangkan anda YouTube persembahan lagu Tak Mengapa yang pernah dipopularkan bintang pop yeh-yeh A. Rahman Hassan.


GO GERILA
Kugiran yang ditubuhkan khusus buat program Versus ini punya DNA muzik yang cukup tersendiri. Remake Biso Bonar daripada Hattan antara yang cukup promising dan debut mereka berjudul BlackBox hadir cukup eksperimental dengan pengaruh brit pop dan indie.   

SPACE GAMBUS EXPERIMENT
Fusion instrumen gambus diberi sentuhan mereka cukup hebat. Saya tidak pasti siapa sebenarnya mereka tetapi usaha yang dilakukan dalam memberi kelainan dengan bunyi-bunyian tradisi yang disuntik elemen fusion menghasilkan muzik yang cukup mempesona.    

BARISAN POP KITA!


DWIHATI – AIZAT & YUNA
Formula Terukir DI Bintang diteruskan Aizat menerusi melodi ciptaannya ini. Memilih Yuna sebagai pasangan duetnya bikin trak ini diberi justifikasi luar biasa. Muziknya haunting dan cukup mudah buat orang suka biar kali pertama mendengar.


REMBAU MOST WANTED – W.A.R.I.S
Setidaknya saat pertama saya mendengar W.A.R.I.S fikiran saya terus membayangkan Wiz Khalifa. Suara garau miliknya dengan melodi catchy serta dialek Negeri Sembilan diadun baik menjadi antara lagu berhantu sepanjang tahun ini.


BERSAMA KAMU – RICH & VELVET
Dah lama kita tak ada feel good duo. Pasangan suami isteri ini kalau betul jalannya boleh kembalikan zaman duo Nurul Ajai setidaknya. Kedua mereka boleh menyanyi dan trak Bersama Kamu dengan mood country Lady Antebellum jika diberi laluan yang baik oleh radio boleh pergi jauh.

[IMAGE]
LELAKI – YUNA
Sekalipun lagu ini dibuat untuk “lelaki tak guna” melodi dan susunannya begitu grand sekali. Yuna antara singer-songwriter yang bijak mengadun apa yang dia suka dengan apa yang pendengar suka. Dan ya lelaki juga sukakan lagu ini.


GELISAH – AMIR JAHARI
Skala melodi lagu ini begitu besar sekali. Amir menulis bijak melodi lagu ini melawan arus pop yang berlambak di radio. Jarang sebenarnya lagu begini dihasilkan oleh anak muda tempatan dan Amir membuktikan muzik pop kita masih punya harapan besar.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se