Saya mula mendengar Butterfingers lambat sebetulnya. Muzik mereka hanya mampu saya hadam dan faham semasa Selamat Tinggal Dunia diedarkan. Dan hanya selepas itu saya perlahan-lahan belajar mendengar Transcendence juga Malayneum (Transcendence all time fav saya) untuk lebih memahami corak muzik mereka. Biar tidak faham pada awalnya (sebelum Selamat Tinggal Dunia) saya tidak menafikan mereka antara genius muzik lokal yang kita ada. Eksperimental dalam Selamat Tinggal Dunia antara album paling hebat yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu – sehebat Gamal (Zainal Abidin) Sheila Majid (Ratu) KRU (Oh La! La!) Selepas itu, saya mendengar Loque dalam satu gig menyanyikan lagu Cinta dan ya saya jatuh cinta. Lagu Cinta turut dimuatkan dalam album Hikayat Halimunan Abad ke-21 – Jejak Tanah yang sekali lagi membuka mata saya betapa kreatifnya Loque dalam memanipulasi melodi nusantara dengan apa jua influence barat yang ada dalam dirinya. I mean, dengar saja kolaborasi maha hebat ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara