Skip to main content

#Review Angin Kencang - Kedewasaan Muzik Noh Salleh

Album studio perdana yang diedarkan pada tahun 2014, Angin Kencang membuka satu haluan baru arus muzik perdana. Noh Salleh yang asal bergerak sebagai penyanyi hip-hop kemudian menjadi indie rock star sekali lagi beralih pada satu genre yang lebih dewasa dan ‘berat’.

Saya tidak pasti jika ada pemuzik muda yang begitu berani selain Noh dalam menghasilkan sebuah album yang seberat ini. Jika di negara seberang pasaran muzik begini bukan sesuatu yang baru. Nama seperti Sore, Payung Teduh, Pandai Besi, White Shoes, Float atau Mondo Gascaro bukan nama asing dalam legasi muzik sebegini.

Feel jazz dan psychedelic pop dalam Angin Kencang cukup tebal dan saya kira album tersebut masih antara album terbaik dan paling yang pernah diterbitkan pada tahun 2014. Selepas itu, Noh diam tanpa sebarang rilis baru namun nyata diamnya bukan diam kosong.

Awal Ogos lalu Angin Kencang dilancarkan semula dengan kejutan 3 lagu baru yang saya sifatkan sebagai maha dahsyat. Tiga lagu tersebut adalah Mr. Polia (Noh Salleh / Sigit Pramudita), Sarawak (Noh Salleh) dan Renjana (Noh Salleh / Rahne Putri).

Apa yang menarik perhatian saya tentang 3 lagu terbaru ini adalah kualiti produksi yang bukan biasa-biasa. Noh buka mata saya untuk melihat dia sebagai pemuzik yang serius – tiada lagi “pagi yang gelap kini sudah terang” atau “waktu duka dulu kita lalui bersama”

Semuanya dibikin cukup puitis sekali. Bait-bait penulisan lirik dalam tiga lagu ini disusun begitu cantik sekali. Daripada romantisme Renjana – “oh renjana bergelora menyeduh hangatnya jiwa sepi air mata” sehingga bait-bait indah dalam Sarawak buat saya melayang.

Kemasan susunan string dalam album ini yang dikendali oleh Alvin Witarasa cukup hebat sekali. Dan album ini diproduksi bukan calang-calang produser. Andink Pratama (The Upstairs) dan Ramondo Gascaro (Mondo Gascaro).

Saya kira kita harus berterima kasih pada Noh, di saat terlalu banyak bakat baru yang tampil dalam idea “Pop Achik & Nana” dan bakat lama yang hanya selesa untuk diam di rumah, Noh setidaknya menjentik tidak banyak, sedikit sesuatu yang lebih serius dan solid.

VERDIK: 💚💚💚💚

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...