Ketika awal dia muncul mencuri perhatian dengan single Terima Kasih Cinta (Mario Ricardo) suara gemersiknya sudah mula digilai tidak hanya di pasaran Indonesia malah gelombangnya terasa sehingga ke Malaysia. Dengan tikaman wajah lembut, tutur bersantun dan perwatakan yang menyenangkan, Afgan bikin gadis senusantara menggila dengan kelibatnya dalam pasaran muzik komersil. Nyata percaturan Terima Kasih Cinta yang diikuti dengan beberapa single lain seperti Entah, Sadis dan Klise membawa tuah buat sosok kelahiran asli Jakarta ini. Dan hari ini selepas sepuluh tahun mengemudi pasaran Pop Indonesia dan nusantara, Afgan muncul dengan sebuah naskhah kompilasi yang lengkap dengan 14 lagu terbaiknya termasuk beberapa lagu baru serta rakaman semula. Mengenal Afgan dan corak muziknya sebetulnya dia tidaklah begitu grip my soul . Balada nyanyianya dalam lagu seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa khususnya sekadar meneruskan apa yang pernah dibawa Glenn Fredly, Marcell...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara