Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali. Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein. Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sud...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara