Skip to main content

#RetrospektifMuzik Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an


Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali.

Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein.

Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sudirman terutama dalam album seperti Lagu Dari Kota.

Untuk entri kali ini saya ingin menyingkap kembali memori Pop 80-an dengan ulasan ringkas beberapa album yang saya kira cukup hebat sekali penghasilannya di era tersebut – baik daripada segi produksi, penciptaan melodi sehinggalah bakat luar biasa penyanyi-penyanyinya.

FAIRUZ HUSSEIN – KALI PERTAMA (1987)
Produser: Adnan Abu Hassan

Lagu Kali Pertama yang ditulis Adnan Abu Hasaan menerusi album ini sahaja sudah mampu menawan sesiapa sahaja yang mendengarnya kali pertama ketika album ini diterbitkan. Dengan pola vokal yang besar dan feel dalam nyanyian yang baik terutama dalam trak seperti Ku Menyintaimu (Johan Nawawi) dan Lembayung Sepi (Azman Abu Hassan) membuatkan album ini antara yang terpenting sepanjang eranya sehingga hari ini.

SHEILA MAJID – EMOSI (1986)
Produser: Roslan Aziz

Sebagai peminat tegar Sheila saya boleh mendengar Emosi bila-bila masa. Album ini cukup sempurna serba serbi. Pemilihan lagu-lagu yang cukup moden dengan feel urban dan persembahan cemerlang Sheila. Saya meletakkan Emosi antara album penting Sheila dengan rangkaian lagu malar segar seperti Sinaran, Antara Anyer & Jakarta, Di Dalam Emosi Ini, Fikirkan Dulu dan Tua Sebelum Waktu.

MAZLAN HAMZAH – REFLEKSI (1987)
Produser: Boon

Selain hit Aku Cinta Padamu saya paling sukakan groove dalam lagu seperti Beri Setengah Saja (Odie Agam) actually lagu ini juga pernah dirakam oleh Utha Likumahuwa, saya tidak begitu pasti siapa yang asal menyanyikan lagu ini. Jika mengikut selidikan saya, versi Utha Likumahuwa dimuatkan dalam album kompilasi Odie Agam berjudul Beri ½ Saja yang diedarkan pada tahun 1988.

ANITA SARAWAK – ASMARA (1989)
Produser: Fauzi Marzuki

Album ini cukup solid sebagai sebuah naskhah Pop yang cemerlang. Ada balada, mid-tempo pop, ada joget. Saya suka simplicity yang ada dalam album ini. Lagu-lagunya bukan naskhah berat tetapi tidak juga terlalu ringan sehingga mudah dilupakan. Akhirnya Kini Pasti sehingga hari ini menjadi antara lagu yang masih diulang dengar.


SALAMIAH HASSAN – MENGHITUNG HARI (1987)
Produser: Freddie Fernandez

Album ini antara album penting membawa nama Salamiah Hassan ke persada popular dengan rangkaian hits seperti Menghitung Hari, Aku Curiga dan all time favourite saya Cintamu Mengatasi Segalanya serta duet bersama Atilia berjudul Kadangkala. Album yang diterbitkan Freddie Fernandez dengan bantuan Aubrey Suwito ini menjadikan album ini antara yang cukup menyerlah sepanjang era 80-an.

AZMAN ABU HASSAN – AZMAN (1987)
Produser: Jenny Chin

Antara album yang saya harapkan dapat dipasarkan semula dalam bentuk CD. Pertama kali diedarkan dalam bentuk kaset pada tahun 1987 dan kemudian diterbitkan dalam bentuk LP. Ini merupakan satu-satunya album solo Azman setelah fasa Azman & Nina pada pertengahan 80-an. Antara lagu terbaik album ini Aku Hanya Pengganti, Perasaanku dan Antara Kita.

KHADIJAH IBRAHIM – KUPENDAM SEBUAH DUKA (1987)
Produser: Adnan Abu Hassan

Kuingin Lari antara muzik dengan signature Pop Adnan Abu Hassan yangmeneruskan lagu karya-karya hebatnya. Saya sukakan Adnan Abu Hassan yang begini (sebelum fasa Siti) yang lebih moden dan urban. Album ini antara album Khadijah yang cukup solid penghasilannya. Lagu ciptaan Fauzi Marzuki berjudul Terimalah Kenyataan antara yang cukup baik penghasilan melodinya.

M.NASIR – SOLO (1989)
Produser: M.Nasir

Mustika saya kira lagu paling romantis yang pernah dicipta sifu M.Nasir – lagu begini menurut saya timeless dan evergreen selain Ratnaku yang dicipta buat Roy. Album solo kedua M.Nasir selepas era gemilang Kembara membebaskan M.Nasir dengan segala eksperimentasi muzik yang lebih luas dan bebas buatnya. Selain Mustika saya paling sukakan pola penciptaan Falsafah Cinta dan Rajawali Terbang Tinggi yang begitu M.Nasir sekali sifatnya.

FREEDOM – MULANYA DI SINI (1987)
Produser: Goh Boon Hoe

Album ini sejujurnya album yang cukup fun sekali untuk dinikmati. Lagu-lagu seperti Persamaan, Si Minah Blues dan all time hits Mulanya Di Sini cukup seronok didengar. Album ini turut menyenaraikan balada yang bagus seperti Jauh Dirindu yang dipersembahkan dengan cukup cemerlang sekali.

FAMIEZA – GETARAN (1989)
Produser: Susan Goh

Sebuah lagi lagu dengan feel R&B yang cemerlang sekali penghasilannya. Album dengan hits Getaran ini sempat dirilis di Indonesia namun nama Famieza ketika itu harus bersaing sama kuat dengan Fairuz Hussein dan Sheila Majid. Album ini akan sentiasa diingati sebagai naskhah Pop R&B yang baik penghasilannya.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se