Skip to main content

#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.

Debaran dan teka-teki siapa yang bakal disenarai pendek bagi musim keempat Gegar Vaganza diumumkan semalam (10 Oktober) dengan beberapa kejutan yang admin sendiri terkejut. Liza Hanim menjadi calon harapan admin kali ini tersenarai dalam 12 peserta yang bakal bertanding 29 Oktober nanti.

Gegar Vaganza landasan yang sangat baik sebenarnya untuk artis-artis senior ini menyerlahkan kembali segala kudrat akan bakat serta kebolehan membuat persembahan pentas secara profesional. Ayai, Siti Nordiana dan Azharina telah membuktika ini medan terbaik untuk mereka kembali dihargai akan bakat serta kebolehan yang ada.

Pada masa yang sama ini pentas yang cukup baik untuk mereka membuktikan bahawa mereka penyanyi yang bagus dan perlu mendapat tempat yang betul di lapangan seni muzik tempatan. Lihat sahaja bagaimana Siti Nordiana membesarkan skala kebolehan muzik dan nyanyiannya.

Berbanding Siti Nordiana yang kita kenal beberapa tahun dahulu, Nana hari ini polish sebagai penyanyi Pop yang cukup baik dan disedari. Keberadaannya dalam lapangan muzik Malaysia hari ini sebagai satu proof bahawa dia penyanyi yang bagus. Cuma hal ini berbalik pada soal rezeki, kesungguhan dan tuah.

KEHADIRAN AISHAH DI PENTAS GV4
Sejak pc yang diadakan semalam banyak yang mempersoal dan mempertikai dua nama iaitu Aishah dan Raja Azura. Mengapa mereka perlu di pentas GV? Saya kira ada betulnya. Aishah seorang penyanyi senior yang kita boleh sebut sebagai legenda Pop yang cukup dihormati. Lagu-lagunya sudah berada di tahap teratas – malar segar. Siapa yang tidak tahu Camar Yang Pulang, Janji Manismu, Cinta Beralih Arah atau Merenung Bulan?

Namun biar saya jelaskan di sini mengapa Aishah perlukan Gegar Vaganza.

Aishah bermula pada tahun 1984 bersama The Fan Club (Jika saya tak silap) which is kalau dihitung kira usia kerjayanya sudah serupa dengan Sheila Majid (yang sehingga hari ini masih aktif dan ada big scale concert). Namun nama Aishah tidak berada seteguh Sheila Majid dalam lapangan seni muzik.

Mengapa?
Ini kerana saya kira selepas era Tiada Duka (1998) dan Tiada Akhirnya (1999) which is dua album Pop terakhir Aishah bersama EMI (Kini dimiliki Universal Music) dia sedikit hilang arah. Aishah mendirikan rumah tangga dan umum mengetahui dia terlibat dalam dunia politik.

Namun Aishah tidak meninggalkan terus bidang nyanyian. Selepas fasa berhijab Aishah ada dua album Kurnia dan Anak (album ketuhanan).

THIS IS THE TURNING POINT!
Piramid Pop Aishah berubah 360 darjah. Bila di tahap ini saya kira Aishah yang sekarang bukan lagi Aishah yang dulu. All the Ballad, R&B (cuba dengar betul-betul album Tiada Duka) dan Melayu deli yang dia pertaruhkan hanya akan jadi sejarah dan dia akan sentiasa dikenang sebagai legenda Pop yang maha hebat, maha merdu alunannya.

Namun…
Selepas menonton live PC GV4 semalam di FB Astro Gempak, saya agak tersentuh bila pengacara menyoal mengapa dia mahu menyertai GV4?

“Sebenarnya saya rindu nak menyanyi. Nak menyanyi untuk peminat…”

Biar saya jelaskan sesuatu. Seseorang anak seni itu, tidak kira penyanyi, penulis, pelakon atau artis kanvas sekali dia melakukan krafnya atas nama seni (bukan Elly Mazlein yang pastinya) dia akan sentiasa mahu kembali melakukan kraf yang serupa dalam skala yang lebih besar dan baik.

Saya sejujurnya gembira melihat Aishah mahu kembali ke lapangan seni muzik tempatan. Kerana apa? Seperti yang saya cakap awal tadi dia sepatutnya sudah berada di tahap sepertimana Sheila Majid hari ini.

Aishah satu ketika pernah cukup besar di Indonesia menerusi Janji Manismu sama seperti Sheila ketika dia awal ke Jakarta dulu. Namun percaturan seninya mungkin tidak konsisten dan tidak mengena membuatkan Aishah hari ini hanya sekadar Janji Manismu dan Camar Yang Pulang sahaja sedangkan Sheila Majid hari ini mampu terus kekal relevan dengan naskhah Boneka (saya harap anda faham akan hujah ini)

Apa yang saya cuba mahu sampaikan adalah semoga dengan landasan luas GV4 ini akan membawa Aishah kembali seperti zaman kegemilangannya dulu dan berdiri kembali sebaris Sheila Majid dengan lebih lagi karya-karya yang bagus atau mungkin juga konsert skala besar seperti Sheila. (Ya harapan saya besar, sebesar kebolehan dan pengalaman yang dia ada).


INI LINE UP TERBAIK GEGAR VAGANZA
Seawal Ferhad keluar kemudian Aqasha dan Hazami – hati saya sudah berbisik. This going to be a very competitive one. Tiga nama ini punya skala persembahan pentas yang baik (sepanjang pengamatan saya) mereka punya stage presence yang cukup baik.

Sebahagian daripada peserta kali ini adalah finalis pentas Juara Lagu dan ini bukan benda yang biasa-biasa. Hazami (Vokal Terbaik), Syura, Elyana, Aishah (2 kali Juara Lagu) dan Liza Hanim (Menewaskan Siti Nurhaliza).

Ya, Liza Hanim yang sentiasa kita rindu dan mahukan kembali segala magis di pentas AJL juga P.Ramlee The Musical. Syura masih merdu cuma saya risau formulanya serupa dengan Siti Nordiana. Magis-magis petikan piano Hazami dan groove Ferhad di pentas amat saya nantikan.

Lan Kristal antara favorite vokalis saya. Dalam genre dan lapangan muzik Pop dan Rock – Lan harus lebih ke depan dan keluar daripada zon selesanya dengan melakukan sesuatu yang lebih besar dan luar biasa. Firman punya suara studio yang baik Cuma saya tidak pernah lihat dia di pentas. GV4 akan ke udara penghujung Oktober ini setelah usainya AF Megastar, semoga tiada lagi kisah simpati anak, janda dan lain-lainnya.


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...