Skip to main content

#Review Aizat - Urusan Aizat Amdan

Album: Urusan Aizat Amdan (Aizat)
Produser: Aizat Amdan / Anas Amdan
Verdik: 5/5

Fresh from the oven! Album ini baru dilancar semalam di Saloma Bistro dan saya amat teruja semasa berada di majlis pelancaran tersebut dengan gimik yang not bad. Aizat sempat menyanyikan 4 lagu daripada album terbarunya dan nyata passion bakat muda ini amat terserlah dengan performance yang bersahaja.

Back to Urusan Aizat Amdan. Kita start review album ini dengan kreativiti yang ada pada packaging album ini. Cukup kreatif, tak ramai artis yang menitikberatkan soal cover album dan saya sangat setuju dengan wakil pengurusan Aizat saat ditanya tentang packaging album ini menjawab pihak mereka mahukan setiap daripada seorang yang membeli berasa berbaloi pada setiap sen yang dikeluarkan means dapat lagu bagus dengan packaging yang sangat hebat!

Album yang 100% hasil karya Aizat dan Anas ini dibuka dengan Years From Now. Sempurna! Pop dengan susunan muzik yang amat baik dan kematangan lirik Aizat menyempurnakan lagi melodi lagu ini yang sangat catchy and perfect untuk pasaran semasa (radio). Dengarkan susunan string di penghujung trak ini. Perfect! one of the best production in songs this year. Tabik spring buat dua beradik ni.

Mana Oh Mana masih mood pop rock dengan influence brit pop. Still sebuah trak yang amat baik. Korus lagu ini adalah killer trak ini saat Aizat lantun "Mana oh mana perginya cinta" Lagu begini buat aku fikir muzik kita semakin ke depan dengan influence2 luar yang buat lagu ini kedengaran cukup global.

Intro Senyum buat teringat trak2 The Smith. Sound brit pop masih menjadi paksi trak ini. Trak yang tiada masalah untuk telinga kita semua senang dengan dendangan selamba Aizat. Erti Hari Ini sedikit mellow ala-ala Pergi tapi tidak seakustik Pergi. Klimaks lagu ini agak lambat buat aku penat sikit nak tunggu habis. Back-up vokal kanak-kanak di hujung lagu tu ok lah good try, atleast ada effort untuk did something different.

Susun Silang Kata lebih catchy, mood pop jazz yang amat santai dengan lirik yang cool buat aku ulang dengar lagu ini berkali-kali ketika pertama kali dengar di radio. Aku amat enjoy dengan dendangan Aizat dalam trak ini, sempoi. And again the title sangat cool dan rare. Good shot untuk song of the year next AIM dan Ajl.

Emotion bagi aku formula radiohead + travis + muse. Sekali lagi trak macam ni buat aku fikir seniman muda macam Aizat ni punya visi pandang ke depan dengan pengaruh-pengaruh luar yang dilokalkan. Menolak lagu-lagu pop balad yang tipikal dan look foward sound-sound yang current dan adapt dalam penciptaan mereka. Sekali lagi tabik spring untuk Aizat dan Anas.

Album ini ditutup dengan Sungai Lui. Fusion pop rock dalam lagu ini sangat experimental yang menjadi bagi aku. Pastikan anda dengar betul-betul segala sound yang ada dalam trak ini. Daripada strumming gitar, susunan string dan sound ukelele yang sangat cool. Saya kira lagu ini sepuluh tahun akan datang masih relevan dan original.

What can i say, seperti apa yang diharapkan Aizat beri kepuasan maksimum dalam Urusan Aizat Amdan. Sebuah album dengan produksi yang sangat hebat sangat international dan sangat ke depan. You guys have to buy this album sebab radio-radio kita lately memang suka lagu karat 80-an which is so backward. If korang looking for something fresh, new, current stuff that come with great packaging please buy this album! Really worth your money!

Comments

  1. tgh cari album ni kat musicstores dkt2 ngah rumah area subang,tp x de lg..x sbr nak bli..n very good review,cara u huraikan what to expect from each song n that pesanan to edry..aizat is one of the best in malaysia..

    ReplyDelete
  2. Album Aizat boleh dibeli online kat www.aizatamdan.com
    Delivery oleh khidmat same day delivery oleh POS LAJU

    ReplyDelete
  3. tq zharif, syarfina fr droppn by ;)

    ReplyDelete
  4. packaging tu membuatkan aku nak ergi beli...by the way...peraduan apa yg ada dlm tu?? menulis?melukis?pop kuiz?huhu...peraduan jenis yg cemana

    ReplyDelete
  5. fndrocka peraduan melukis la lbh kurang. shikien if xde g beli on9 la. sbb time launch aizat kata dh ada kt rock corner xsure ada ke x sbb i dpt free je hehe..

    ReplyDelete
  6. sukabestyaamat rev kau nih :)

    p/s; aritu aku 'pinjam' album-pic yg kau scan di atas buh @ my twitter..tq :)

    ReplyDelete
  7. wah blogger femes singgah blog sy, tq ajami. takpe amek je, halal ;)

    ReplyDelete
  8. reviu terbaek..i like. especially bila ko cakap lagu Emotion macam lagu Radiohead/Muse, curious ak nak dengar..

    ReplyDelete
  9. Salam Hafizan,

    Boleh saya dpatkan emel address.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...