Album: Bil Musa (2015)
Produser: Shafiq Mohd / Bil Musa
Verdik: 3/5
Bila Yuna mengumumkan dia menandatangani seorang lagi bakat baru saya
berharap bakat tersebut bukanlah sekadar untuk mencari another Yuna. Selepas
Diandra Arjunaidi yang saya kira gagal memancing minat pendengar tempatan
(hanya sekadar hit trak Angkasa) saya harap Yuna dapat mencari bakat baru yang
hadir dalam idea muzik berbeza tetapi nyata Bil Musa hanya menawarkan idea
serupa yang terikat dengan penciptaan melodi dan muzik yang serupa dibawa Yuna,
Diandra dan juga Zee Avi. Tetapi tidak mengapalah setidaknya bertambah juga penyanyi
yang punya kebolehan bermain alat muzik dalam industrI muzik kita yang kecil ini.
Debut ini dibuka dengan cukup lembut petikan gitar dalam trak The
Beach. Melodi ini sangat mencedok idea berulang Zee Avi dan sejujurnya
sehingglah album ini habis diputarkan fikiran saya melayang andai lebih baik
album ini adalah album terbaru Zee Avi sebab suara Zee Avi lebih pleasant dan
jujur. Bil Musa bagi saya sedikit pretentious dan terbuat-buat. Namun saya
sukakan penulisan lirik santai gadis ini. Bil Musa saya kira mewakili stail
penulisan hari ini. Penggunaan perkataan yang mudah, bermain dengan situasi dan
innocent. Bait seperti di bawah ini adalah apa yang saya maksudkan.
Saya geram bila awak senyum
Seperti syurga di bawah batang hidung
Jari saya antara jari awak
Awak terlalu kelakar buat saya gelak
Seperti syurga di bawah batang hidung
Jari saya antara jari awak
Awak terlalu kelakar buat saya gelak
Trak kedua I Would Die masih menjual idea serupa. Sedikit mengingatkan
saya pada idea muzik Angus & Julia Stone dalam trak-trak hit mereka seperti
Big Jet Plane dan heart Beat Slow. Trak ini bagi saya sedikit anti-klimaks. Clapping
di tengahnya cuba menaikkan momentum lagu tetapi sekdar begitu sahajalah. Tiada
apa yang terlalu besar tentang trak ini. Terbang meneruskan transisi album ini,
saya sedikit terganggu dengan vokal Bil yang sedikit kosong dan tidak berjiwa
dan hal inilah yang kebanyakan bakat baru hari ini kurang. Penghayatan tetang
teks lagu dan persembahan. Maka terhasillah penyanyi-penyayi yang yang tidak
berperasaan seperti Bil, Najwa Latif dan Ainan tasneem. Kedengaran begitu
mendatar dan mengantuk. Dalam hal ini saya kira Diandra lebih baik daripada Bil
kerana setidaknya Diandra punya feel
yang baik dalam nyanyiannya.
Distance sekali lagi buat saya bosan dan buat saya skip sahaja ke trak
seterusnya Leave It All yang bunyinya terlalu kuat DNA Yuna. Dan bila di saat
empat trak awal seseorang penyanyi itu gagal menarik perhatian saya dengan
originality saya kira Bil sedikit gagal dalam percaturan. Saya tahu penggemar
genre ini akan tidak suka atau marah dengan apa yang saya tulis tetapi saya
mahu menjadi realistik. Tidak semestinya imej urban yang dibawa bermakna Bil
seorang pemuzik yang bagus.
Album ini ditutup dengan trak French The Beach – versi French trak The
Beach yang sekali lagi merupakan idea berulang. Bil gagal menarik perhatian
saya dengan bakat yang dia ada. Mengapa? Mudah saja kerana tiada originality
dan kreativiti. Semuanya menggunakan idea berulang daripada ribuan pemuzik yang
pernah membawa genre begini. Selepas mendengar Bil Musa saya berharap dua lagi
bakat baru Elizabeth Tan dan Hani Soraya bakal keluar dengan album penuh yang
baik kerana antara bakat baru wanita yang ada khususnya, saya kira Hani dan
Elizabeth antara yang punya potensi besar. Maaf Bil, anda bukan tidak berbakat
tetapi anda buat saya bosan dengan idea berulang ini but again trak The Beach
itu merupakan taruhan terbaik album ini. Selain itu semuanya sekadar
biasa-biasa sahaja.
Comments
Post a Comment