Skip to main content

#Review Dayang Nurfaizah (2017)

Sayang & Cahaya (2011) muncul ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum (Malique).  Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta radio.

Dan dengan kehadiran album tersebut yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai penyanyi yang hebat.

Sayang & Cahaya hadir lengkap sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah, Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu pengalaman muzik yang cukup hebat.

Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal

Biar begitu hebat persembahan album Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal menambat perhatian radio secara amnya. Namun itu bukan penanda aras untuk dia terus berhenti.

Dua tahun selepas itu, dengan pengurusan baru di bawah kendalian Sharina Ahmad dan kerjasama Indigital Sdn. Bhd. membawa satu haluan yang lebih komersil dan bagai satu magis - nama Dayang kembali menjadi sebutan dek ledakan populariti Di Pintu Syurga (Tam / Iman  Imran)
  
Populariti single balada tersebut bagai memberi tuah sekali lagi buat Dayang setelah hits Seandainya Masih Ada Cinta (Ajai), Pintaku Yang Terakhir (Fendi) dan Hilang (Audi Mok).

Biar secara peribadi, ketika Di Pintu Syurga diedarkan saya merasakan ia terlalu ‘lembik’ untuk seorang Dayang Nurfaizah, ia tetap berjaya sebagai pelan pemasaran yang baru untuk Dayang kembali relevan dalam pasaran semasa.

Dan yang lebih manis, populariti yang diraih itu memberikan gelaran Juara Vokal buat pertama kalinya untuk Dayang di pentas Anugerah Juara Lagu dan sekali gus membawa kemenangan tempat ketiga buatnya, Tam dan penulis Iman Imran.


Dayang Nurfaizah 2017 - Pertaruhan Balada Kelas Satu

Album ini dibuka cukup sempurna dengan balada indah Aubrey Suwito dalam lagu Layarlah Kembali. Jika ada satu perkataan untuk saya gambarkan tentang lagu ini adalah sempurna - melodi, lirik dan susunan muzik memberi justifikasi yang tepat untuk karakter vokal serta feel Dayang.

Ajai menulis Usah Dibilang Cinta dengan mood Indo Pop dengan similarity opening lagu Selagi Ada Cinta (Ning Baizura) dan seperti biasa sekali lagi feel dan vokal Dayang sempurna untuk balada indah ini.

Lelaki Teragung meneruskan kehebatan album ini. Genervie Kam arranger yang genius. Cara dia menyusun transisi melodi Lelaki Teragung benar-benar berpaksi pada kemampuan vokal Dayang. Saya meletakkan trak ini antara lagu terbaik album  Dayang ini.

Selain Lelaki Teragung, Genervie turut bertindak sebagai arranger dan produser untuk lagu Nanti (Syed Syahmirr / Aepul Roza) dan Takdir (Hazami). Kedua-duanya datang dengan pakej penulisan melodi yang yang cukup bagus. Nanti is one of my fav in this album.

Dia (Ezra Kong / Omar K / Hael) cukup moden dan current but my least favorite. Melodi lagu ini terlalu predictable. Dalam Diam (Aizat Amdan) punya korus yang bagu dan dua lagu lain adalah single terawal Tak Pernah Menyerah (Akid / Poji) dan Di Pintu Syurga (Tam / Iman Imran).

Killer album ini bagi saya adalah Separuh Mati Ku Bercinta (Ajai). Semua tentang lagu ini cukup hebat sekali penghasilannya. Melodi Ajai dalam lagu ini saya sifatkan antara yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang kariernya.

Lagu ini disusun kemas oleh Ajai bersama seorang lagi maestro muzik tempatan Mac Chew. Pemilihan lagu ini sebagai single keempat album ini nyata satu pilihan yang cukup baik sekali. This is a masterpiece, satu lagi hit yang bakal mencipta sejarah tersendiri.

Overall album ini satu persembahan Pop yang sempurna sekali. Jauh meninggalkan apa yang ada di pasaran hari ini. Ia bagai siren buat semua penyanyi baru yang obses berkiblatkan balada 90-an untuk mencabar kredibiliti mereka menghasilkan sesuatu yang lebih berseni, berkelas dengan hasil yang cukup solid atas ketelitian dalam ilmu serta pengalaman muzik itu sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se