#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman
Saya menghabiskan masa seminggu
ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning
Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas
melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat
dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992.
Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993, punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula
Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan
debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu
Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika.
Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi
frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat
Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika
itu.
Ning menjadi penyanyi wanita
pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. Sejarah yang tidak
mungkin dipadam sehingga hari ini. Ning cuma tewas bagi kategori vokal ditangan
Shima menerusi album Shima 3 yang menampilkan hit, Teringin.
Segala magis-magis yang direncana
Sony Music bersama JP Abdullah dan Jari ini begitu menjadi sekali. Saya kira
antara faktor utamanya adalah kerana ketika itu bakat-bakat baru yang hadir
semuanya berlegar idea serupa dan Ning hadir dengan satu corak suara dan balada
yang sedikit berbeza.
Lihat sahaja lagu-lagu dama dua
album terawal seperti Kerana Fitnah,
Mungkin, Izinkan, Penjara Kasih dan In Another Life yang semuanya punya feel international – baik daripada
nyanyian Ning sehinggalah penciptaan serta produksi muziknya. All that sax dalam Penjara Kasih just a great masterpiece.
BRANDING
NING SEBAGAI PENYANYI POP YANG TERSENDIRI
Melengkapkan portfolio seni Ning
sebagai penghibur Pop, album Teguh muncul dengan lebih solid, kemas dan hebat
sekali. Dikemudi produser muzik Mark J.
Feist (Individu yang juga produser Mary J Blige, Spice Girls, Kelly Rowland
dan Emotion oleh Destiny’s Child)
Teguh adalah
album terbaik Ning melangkaui
mana-mana album sekali pun. Di bawah kendalian juga pengawasan Johari Teh
sebagai penerbit eksekutif, album ini turut menampilkan lagu ciptaan Hari dan Boon Tan juga Ramli M.S sebagai
arranger.
Album ini membawa standard muzik Ning lebih tinggi dan meninggalkan
semua penyanyi Pop balada ketika itu (Ziana Zain, Fauziah Latif) yang masih
menggunakan formula balada yang serupa dalam album-album mereka.
Teguh menjadi bukti kesungguhan
juga keseriusan Ning dalam mencipta sesuatu yang berbeza dan lebih bersifat
antarabangsa. Selepas Teguh Ning tampil dengan album Inggeris Always yang sekali lagi memberi impak
luar biasa dalam kariernya. Lagu-lagu seperti Human, You Promised But You Lied dan You & I antara naskhah
yang mendapat perhatian.
ANDRIAN
HOBS, JUSTIN WILLIAM DAN PENIPUAN WANG 900K
Masih ingat dua nama ini? Kalau tidak,
mereka berdua adalah pengurus yang dilantik oleh pihak Ning untuk merencana
karier bintang ini ke peringkat antarabangsa namun kerana dua individu ini
jugalah Ning hampir diisytihar sebagai bankrup.
Impian Ning untuk ke peringkat
antarabangsa terkubur dengan begitu sahaja. Malah selepas itu, bak jatuh
ditimpa tangga satu per satu kontroversi melanda bintang ini sehingga dia
disisihkan kadang dikeji.
Bermula dengan kes cium Julio
Iglesias selepas persembahan di Kuala Lumpur sehinggalah kes yang paling
meninggalkan kesan sepanjang kariernya – fantasi seks dengan lima lelaki
menerusi temu bual majalah FHM keluaran tahun 2000.
FANTASI SEKS
LIMA LELAKI, BEST BUTT AWARDS – “After All
Fantasy is Just a Fantasy..”
Masih ingat Miss Ribut menerusi
pojok Mingguan Malaysia? Dialah individu pertama yang membesarkan isu fantasi
seks Ning dalam majalah FHM ini dengan begitu meluas sekali. Ning ketika itu sehingga
dilabel sebagai tidak bermoral.
Whats your biggest unfulfilled fantasy?I know it’ll never happen but it involves five guys and me. All at the same time.
Dan nyata kenyataan ini dipandang
berat masyarakat lalu menghentam Ning habis-habisan. Media semakin kurang
menyokong dan memberi liputan serta album Pujaanku
(1999) dipandang sepi. Namun begitu provokasi Miss Ribut seperti mahu
melihat Ning dibenci atau mahukan akhbar mereka laris sehingga dia lupa untuk
menyatakan ayat akhir Ning dalam temu bual tersebut;
After all fantasy is just a fantasy. Haha…
Nama Ning agak sepi selepas
dihimpit kontroversi demi kontroversi. Kemunculan Ning semakin samar selepas
episod hitam ini dia disifatkan lupa diri, punya masalah sosial dan sehinggakan
album Natural Woman yang diterbitkan di Jepun tidak sampai edarannya ke
Malaysia kerana peluang yang semakin menipis untuk dirinya menonjol ketika itu
sehinggalah isu-isu pengedaran.
“NATURAL
WOMAN” PERTARUHAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN
Ning bersama AMS Records yang
dimiliki Masaki Ueda dan Chica Asamato mengambil masa setahun menerbitkan
Natural Woman yang solid sound dance, Pop & R&B yang
balance dalam kualiti rakaman yang cuku hebat sekali.
Empat lagu dicipta Ning menerusi
album ini seperti No No dan Keep On Movin’ ditulis dalam studio di
sana. Ning menghabiskan masa setahun menghasilkan Natural Woman untuk diedarkan
di pasaran Jepun pada tahun 2001.
Natural Woman menampilkan sisi urban
seorang Ning Baizura. Biar ketika itu tiada lagi media massa yang mempedulikan
album tersebut, Saniboey Mohd Ismail – Editor Sentiasa Manja ketika itu memberi
ruang untuk Ning kembali mengisi muka depan majalah.
Zurina Waji menerusi Sentiasa
Manja isu November 2001 menemu bual Ning dalam satu temuramah yang cukup
personal sekali. Tentang bagaimana dia menghadapi hidup selepas kontroversi,
kekuatan dan obsesinya ketika itu – album Natural Woman.
No way Ning akan pergi International macam apa yang Ning cakap 10 tahun lalu. No way untuk record English album dan jual berjuta…
Dan atas alasan itu dia
mengembara ke Jepun sendiri untuk merakam Natural Woman to up lift the standard muziknya ke peringkat lebih baik. Jadi di
sini Ning melalui satu lagi episod kehidupan yang lebih jelas akan arah
muziknya.
Bersama AMS Records kembara Ning
disusun kemas. Peluang baginya memprosi bakat di Tokyo, Osaka dan Nagoya berjalan
lancar. Dan dengan bantuan Chica juga Ning berjaya mendapat slot persembahan di
kelab Jazz terkemuka Blue Note yang hanya menampilkan penghibur kelas satu
dunia seperti Chaka Khan.
Sejujurnya fasa Natural Woman ini
adalah fasa terbaik Ning dalam pengurusan kerjayanya di bawah kendalian Vernon.
Ning mula terlibat dengan produksi-produksi yang lebih kecil skalanya tetapi berjiwa
besar. Filem pendek Malaikat Di Jendela antara contoh terbaik.
KORDINASI
KARIER BERSAMA VERNON KEDIT
Ning mula bangkit dalam rencan
karier yang lebih terancang bersama Vernon. Ning dalam artikel Sentiasa Manja
menyifatkan dia memerlukan tenaga muda yang punya drive untuk menggerakkan kerjayanya ke peringkat yang lebih matang
dan baik. Oleh itu hadirlah Ning Inc yang ditubuhkan untuk pemasaran Ning yang
baru.
Bersama Vernon, Ning menemukan
formula baru serba segar dalam album terbitan Ajai berjudul Selagi Ada…Ning. Album ini menjadi comeback terbaik di pasaran semasa. Lagu-lagu
seperti Kembali dan Selagi Ada Cinta meletakkan Ning kembali
menguasai carta radio serta mengembalikannya ke pentas AIM juga Juara Lagu.
Dan selepas itu satu demi satu
kejayaan dilakar. Selepas Selagi Ada
Cinta dinobat sebagai Lagu Terbaik
Anugerah Industri Muzik dan tahun berikutnya Awan Yang Terpilu mengulang kemenangan serupa. Malah album Erti Pertemuan mendapat liputan meluas
media yang meletakkan album itu sebagai album terbaik Ning.
She’s back
on track. Ning kembali
disenangi mungkin juga kerana faktor penyatuan semula Ning bersama bapanya yang
turut menjadi bahan cerita di sebalik pembikinan Erti Pertemuan. Lagu-lagu
dalam Erti Pertemuan punya cerita personal Ning sebagai individu. Berjaya dengan
single Awan Yang Terpilu, Bebaskan dan Senang Tari.
…DAN SIAPA
LIGUI BOJANA?
Pernah dengar tak tentang
kehadiran album East to West? I hate everything about this album. Daripada
cover album, lagu-lagunya sehinggalah
muzik video Age of Pollution. Semuanya kelihatan terlalu murah dan kedengaran
murah.
Pertemuan Ligui Bojana bersama
Ning dalam satu persembahan di Planet Hollywood bagi saya adalah bad idea. Projek album ini tidak membawa
Ning ke mana-mana tahap yang boleh dibanggakan. Saya boleh katakan pelaburan Ning
dalam Natural Woman jauh lebih membanggakan.
Bersama East to West, Ning
mengembara ke Eropah dalam tour skala besar katanya namun tiada sebarang
laporan media yang besar dilaporkan. Album ini bagi saya terlalu teruk dan
tidak salah saya katakan ini album terburuk sepanjang karier Ning.
Namun bagaimanapun, pertemuan
bersama Ligui Bojana ini setidaknya membuka peluang untuk Ning membuat persembahan
di hadapan Prince Albert of Monaco. Tapi setakat itu sahajalah, pelaburan Ligui
untuk rencana karier Ning tidak berterusan dan Ning kembali diam buat beberapa
tahun.
ANOTHER COMEBACK, A BETTER ONE
Setelah sepi beberepa tahun selepas
fasa East to West (2008) Ning mendirikan rumah tangga dan melalui kehidupan
sebagai isteri. Jadi seperti kebiasaan artis-artis wanita yang lain, ini fasa
bahagia yang mana fokus sudah berubah.
Sehinggalah tahun 2011, Ning
dengan pengurusan baru di bawah Universal Music menghasilkan sebuah album solo
dan album kolaborasi bersama Shila Amzah dan Jaclyn Victor. Maka terlahirlah Dewa (Audi Mok) dan 3 Suara (Kevin Chin) – dua album
penting tahun tersebut.
Dewa mengembalikan Ning pada asas
muzik R&B nya dengan sentuhan lebih moden dan personal. Lagu-lagu seperti
Bila, Mama Papa dan Alhamdulillah mengembalikan Ning ke landasan yang betul. Dan
kegemilangan Ning beterusan dengan kolaborasi 3 Suara menerusi hit Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan.
Kali terakhir, pada tahun 2013 tampil dengan album remake
berjudul Kekal yang menampilkan lagu
Bukan Wanita Sempurna. Sekadar itu, Ning selepas cerita-cerita kontroversi sana
sini semakin matang menjalani kehidupannya bersama suami dan Ryan.
Ning hari ini saya kira lebih
matang sebagai seorang individu / wanita yang bijak dalam merencana kehidupan
serta karier. Sehingga itu tiada lagi khabar-khabar kurang enak kita dengar. She evolves as a person.
Saya kira di saat ini kita masih
lagi teruja menanti apa lagi yang mahu ditawarkan Queen of Soul ini. Semoga aturannya
lebih kemas, percaturannya lebih mengena dan kita sebagai pendengar lebih
bersedia untuk menyokong kariernya. Saya mahu menutup artikel ini dengan
kata-kata Ning yang paling mengesankan ini.
Being a young Malay singer means that the tabloid press is just waiting for you to make a mistake so that they can jump in and tear you to shreds…
…and that’s how strong she is!
too bad.. Ning keeps on making mistakes... she ruined her career tbh... when vernon left her.. that was the biggest upset of her career...
ReplyDelete