Saya tertarik
dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak
lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena
anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini
semakin memualkan.
Dan saya
kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan
formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan
atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa.
Tapi saya
kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai
itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini
saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah
untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka.
Jika menoleh
kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik
perhatian saya. SOG antara yang dominan but
they don’t grip my soul. Idea mereka terlalu dekat dengan apa yang
Butterfingers buat dulu jadi tiada kelainan.
Saya sukakan
The Venopian Solitude tapi since
Hikayat Perawan Majnun tiada lagi naskhah menarik. Nastia dalam Rapuh karya
komersil yang menonjol tahun ini dan saya boleh katakan itu antara lagu terbaik
pernah dicipta tahun ini.
Masdo dan Orkes
A. Hizadin juga antara yang menarik tapi masih jauh lagi perjalanan mereka
untuk benar-benar sustain. Bakat baru
wanita juga semakin membosankan. Semuanya bawa idea muzik serupa yang saya
boleh bahagikan kepada dua iaitu kelompok muzik Balada (Wany Hasrita) dan urban
yang lebih kecil pasarannya dan kurang originality seperti Nik Qistina.
Jadi,
Saya beralih
kembali mendengar karya-karya Indonesia. Biar sebetulnya muzik Indo bukanlah
baru untuk saya tapi saya cuba mencari sesuatu yang jarang atau sukar saya
hadam kemudian saya fahamkan.
Sekitar tahun
2014 saya ke Jakarta untuk Java Jazz menemukan saya dengan beberapa nama segar
seperti Yura Yunita dan sejujurnya bila ke Jakarta saya suka ke kedai-kedai CD
kecil mencari album-album terpencil daripada bakat-bakat indie di sana.
Lately dengan bantuan carian Apple Music juga Spotify menemukan saya
kembali dengan band-band hebat Indo. Yang paling saya suka Mondo Gascoro, Banda
Niera, Bin Idris, Pandai Besi dan Tigapagi.
Estetika muzik
mereka cukup tinggi. Tidak hanya sekadar bermain dengan idea mahu menjadi ‘berbeza’
tetapi sangat dekat dengan ilham muzik nusantara yang tidak terlalu
dicampuraduk elemen semasa untuk kedengaran current.
Lagu-lagu
seperti Alang-Alang (Tigapagi), Sampai Jadi Debu (Banda Neira), Senandung Lagu
Lama (Mondo Gascaro), Akad (Payung Teduh) dan Rintik (Pandai Besi) jadi melodi
on repeat. Mereka lari jauh daripada idea pop semasa Indonesia namun masih
diterima cukup meluas kerana keterbukaan pendengar di sana.
Saya fikir
kita cukup bertuah memiliki bakat serius seperti Monoloque, Noh Salleh dan
Atilia yang masih mahu menghasilkan album penuh dengan kualiti yang bukan
calang-calang. Saya berterima kasih kepada mereka kerana biar mereka sedar pasaran
muzik mereka kecil tetapi atas nama seni muzik itu sendiri mereka laburkan jua
sejumlah wang yang bukan kecil untuk menghasilkan sebuah album yang solid.
Saya
berharap Nastia dapat mengeluarkan full album kedua mereka selepas single Rapuh
yang semakin popular di radio. Langkah mereka bersama Faithful Music semakin
tersusun dan perancangan mengkomersilkan muzik Nastia saya kira berada di
landasan yang tepat.
Pada masa
yang sama saya begitu teruja menantikan album terbaru Ella yang akan di pasaran
21 September ini. Seminggu lalu legenda muzik tanah air ini sudah mengeluarkan
single pertama berjudul KUu Sedia karya Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong
yang saya sifatkan cukup cemerlang penghasilannya.
Salam Kenal buat Admin & Salam Musik dari Indonesia…Telah dirilis sebuah single terbaru “MANIEZ” (MANIS) dari REGI WEKING (Ex-Vocalist GARUDA FORCE Band) yg ber-genre POP Ballad https://itunes.apple.com/album/id1304637464 (sudah ada juga di SMULE) Terimakasih
ReplyDeletebtw, saya juga mempunyai satu lagu yg bergenre SLOW ROCK KAPAK aLa MALAYSIA 80-90an yg berjudul "KAU YANG SATU" dan banyak yg menyangka itu lagu dari Kugiran Malaysia, padahal itu adalah ciptaan & nyanyian saya, silakan dengarkan lagu "KAU YANG SATU" via https://itunes.apple.com/album/id1304637464 terimakasih