Skip to main content

Diandra Arjunaidi (2011)

DIANDRA ARJUNAIDI (2011)
Penerbit: AG COCO / Ully / Diandra / Efry Arwis
Pemuzik: AG Coco, Efry Arwis, Euvi, Fareed, Jenk
Kreatif: Dotperinch / Adib Azfar
Verdik: 5/5

Review ni sebenarnya dah lama sangat tersangkut, aku sempat tulis separuh pada januari lalu dan dibiarkan begitu sahaja sehingga ahad lalu (20/5) untuk disambung kembali. Normal kesibukan kerja majalah faham-faham sajalah. Album ini dibuka sangat-sangat baik dengan single pertama Angkasa. Bagi aku ini pertaruhan bijak Diandra memikat hati pendengar tempatan. Lagu ini sangat segar buat aku. Melodinya baik dibantu susunan yang sangat sangat sangat cun! This would be one of the best shot untuk next AIM.

Things We Dont Say juga juga sangat baik. Mood jazz nya hebat bak mendengar beberapa trak pop jazz indonesia. Aku sangat sukakan volume dan weight vokal Diandra. Suaranya boleh carry pop jazz yang kadang buat aku melayang teringat Norah Jones untuk certain moment. Aku agak banggalah sebab disaat aku mencuba terlalu kuat untuk suka Liyana Fizi dan gagal, Diandra muncul dengan genre yang lebih kurang dan berjaya grab my soul!

Remember buat aku teringat band indon Mocca. Groove melodi dan susunan horns yang bapak cool! Chill abes. Trak macam ni dengar sambil drive dalam jam federal highway ke opis mampu buat aku jadi manusia balik. Aku salute arrangement Ag, Diandra dan Efry! Happy is my favourite track!! Track ulung dalam pendrive untuk didengar dalam kereta. Mood lagu ini sangat baik dan sekali lagi melodi ciptaan Diandra sangatlah menangkap pendengaran. Pujian harus diberi pada kualiti rakaman yang bagai mendengar persembahan live Diandra dan keseluruhan musician. And anyway hampir keseluruhan album kedengaran bagai album akustik, unplugged, live atau apa sahajalah yang semacam live recording!

Untitled hadir dengan killer chorus cuma kurang menarik di bahagian verse.White Lies bermula dengan efek gitar keras dan akustik pada masa yang sama buat ia jadi naskah yang sangat international! Lagu begini buat aku teringat Sara Breilles. Album ini ditutup dengan trak You yang bermula dengan sangat chill ala-ala Bic Runga dan agak keras di tengah macam Cokelat.

Ah! penasaran habis aku dengan album yang satu ini. Macam tak percaya ia datang dari bakat yang semuda Diandra dan ya aku akui Diandra bertuah dapat bekerja dengan pemuzik yang amat passionate seperti AG Coco. Album ini sebuah naskah yang cukup hebat buat tahun ini yang sangat kekurangan naskah yang baik! Kudos buat Diandra dan kesemua tenaga kerja album ini. Buat aku sangat teruja untuk hasil seterusnya!     

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...