Skip to main content

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Urban)

Dalam kelangsungan Balada serta pemasaran gimik bangang mendominasi carta radio dan strim digital hari ini, saya kira kita harus berterima kasih buat anak-anak muda yang mahu memberi variasi dan berani melakukan sesuatu yang keluar daripada kepompong Balada copycat tetapi masih berjaya menghasilkan sesuatu yang seimbang antara nilai komersil dan estetika muzik.

Alif selepas fasa SleeQ saya kira antara yang semakin matang dalam penghasilan muziknya. Lihat sahaja lagu-lagu ciptaannya buat Kaka seperti Terima Kasih dan yang terbaru Kembali cukup groove, moden dan segar untuk pasaran tempatan

Nik Qistina, Eyza Bahra, Talitha Tan, Ali Aiman, Ismail Izzani dan Aziz Harun antara yang datang dengan sesuatu yang lebih segar dan up to date. Melodi mereka tidak terikat pada idea tipikal pop mendayu tetapi masih kental jiwa dan perasaan melayunya tanpa menjadi terlalu layu.

Nama-nama sedia teguh seperti Joe Flizzow, Malique, SonaOne dan Altimet masih kekal relevan dengan kehadiran naskhah yang semakin matang biar saya kira Altimet semakin provokatif dalam albumnya Amboi namun mungkin itu cara dia evolve sebagai pemuzik

Berikut lagu-lagu terbaik dalam sepanjang tahun ini yang memberi sedikit feel urban, groove namun masih kental dengan penciptaan melodi yang baik serta penulisan lirik yang puitis.

SENTIASA MERINDING / NJWA & IMRAN AJMAIN
Komposer & Lirik: Najwa Mahiaddin / Imran Ajmain / Az Avex Azman

This is the most poetic songs of the year. Lagu ini terlalu indah penciptaannya, revolusi diberi dalam susunan muziknya yang sangat moden dan segar sekali. Killer lagu ini selain daripada kolaborasi istimewa duo yang sangat sempurna ini tentu saja penulisan lirik yang paling indah pernah saya baca dan dengar tahun ini.

BUAT SELAMANYA / ALIF
Komposer & Lirik: Alif

Lagu ini mendapat perhatian saya seawal bait “Kenapa susah mengaku, yang kau perlukan aku...” Struktur muzik Alif sangat genius bagi saya. Dia bijak dalam penyatuan melodi dan lirik yang tidak kedengaran janggal sekali pun menggunakan bahasa bual dalam penulisan liriknya. Lagu ini sebetulnya sempurna sebagai naskhah PATUT popular yang datang dengan produksi muzik yang sangat kemas serta sangat-sangat sedap didengar.

KEMBALI / KAKA  
Komposer & Lirik: The Good Fellas

Sejak pertama kali kerjasama Kaka bersama The Good Fellas (Alif) menerusi Bukan Hal Aku diikuti Terima Kasih dan yang terkini Kembali – saya fikir Kaka antara pelapis muzik yang harus kita beri perhatian. Kembali masih kekal ilham Bukan Hal Aku dan Terima Kasih tetapi dengan produksi muzik yang lebih berkelas dan matang. This is definitely one of the best song this year!

DROP / JOE FLIZZOW
Komposer & Lirik: Alif & Joe Flizzow

Sebuah lagi lagu ciptaan Alif yang begitu hebat sekali. Kolaborasi bersama Joe dalam lagu ini cukup dahsyat sekali. Produksi ini berkelas antarabangsa. All that beat and groove buat saya fikir muzik kita sudah ke depan jauh sebenarnya meninggalkan semua katak-katak yang masih di bawah tempurung.

PULANG / YUNA & SONAONE
Komposer & Lirik: AG Coco / Yuna / SonaOne

Pulang bukan naskhah yang sukar untuk kita suka dan nikmati. Penyatuan muzik Yuna dan SonaOne diberi justifikasi secukupnya menerusi trak Pulang. Mungkin tidak se-solid penciptaan Alif namun Pulang saya kira membawa muzik kita terus ke depan dalam skala yang lebih besar, lebih komersil.

JUMPA LAGI / EYZA BAHRA & LAWA NIE GENG
Komposer & Lirik: [TIdak Pasti]

Eyza Bahra is my ultimate fav new soloist. Selain daripada keunikan vokal yang dia miliki, Eyza punya citarasa muzik yang besar. Antara Hip-Hop, Pop dan Groove yang disulam baik. Lagu Jumpa Lagi bersama Lawa Nie Geng salah satu lagu yang hebat dalam debutnya berjudul suara selain rakaman semula Kau Yang Kunanti nyanyian asal Yusni Hamid.

YOUNG HEARTS / NIK QISTINA
Komposer & Lirik: Choong Jee Yan / Kieran Kuek

Kieran Kuek bukan nama baru dalam memberi groove dalam lagu-lagu lokal. Awal tahun 2000 dia menghasilkan beberapa trak R&B buat Jaclyn Victor menersi lagu seperti Cepat-Cepat, Star dan Jealous. Young Hearts sebuah lagu yang sempurna untuk bakat seperti Nik Qistina dan ini seharusnya menjadi benchmark untuk Nik Qistina dalam penghasilan single seterusnya.

PLEASE STAY / TALITHA TAN
Komposer & Lirik: Talitha Tan & Tatsuro Miller

Meneruskan kesinambungan Okay, Please Stay bergerak seiring dengan single pertama bakat baru ini. Talitha punya citarasa muzik yang baik serta imej yang mampu membawa dia pergi lebih jauh. Cuma jika dia mahu sustain perlu ada formula yang lain dan sedikit berbeza kerana jika mahu berbekal dua lagu ini saya kira jalan Talitha akan tergantung di tengahnya.

PEJAMKAN MATA / MALIQUE & DAYANG NURFAIZAH
Komposer & Lirik: Malique

Kelebihan Malique sudah tentu pada patah katanya dalam mencipta bait-bait yang cukup meaningful. Melodi Malique masih berlegar ilham Teman Pengganti – rendisi pop 90-an pada korus yang diberi twist pada rap yang cukup solid. Formula yang digunakan Malique ini paling bijak untuk cater semua pasaran muzik – baik yang suka Aiman Tino sehinggalah kelompok-kelompok bawah tanah. 


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se