Akhiran ini MK
banyak mendengar pasaran muzik Hip-Hop / R&B / KRNB / Lo-Fi serantau yang tenaganya
luar biasa sekali. Terima kasih Spotify dengan adanya feature Fans Also Like
membantu MK explore lebih jauh nama-nama terpinggir pasaran semasa yang cukup
baik sekali penghasilan muziknya.
Semuanya bermula
dengan kemunculan Kuizz dengan single No Matter dan Vibe yang cukup berkelas
sekali penghasilannya dan Alif (Sleeq) yang sentiasa konsisten menjadi produser
naskhah-naskhah hebat Kaka – bermula dengan Bukan Hal Aku, Kembali, Terima
Kasih sehingga yang terkini Sibuk.
Alif mula
mendapat perhatian kerjaya solonya dengan single Mama (Tengok MV lagu ni, pedih mata beb!) – freestyler hip-hop yang
cukup kemas sekali penghasilan perasaannya. Selepas Buat Selamanya menjengah
pasaran hujung tahun lalu Alif cukup aktif dalam projek sebagai produser muzik termasuk
kolaborasi bersama Ismail Izzani menerusi lagu Luar Biasa serta kolaborasi
bersama Joe Flizzow dalam single Sampai Jadi.
Gelombang 16
Baris ilham agung Joe Flizzow dan rakan-rakan menarik perhatian MK untuk terus
explore mengenal beberapa nama dominan pasaran muzik Hip-Hop. Yang cukup
dikenali dalam clan ini sudah tentu Joe, SonaOne, Altimet, Alif dan Aman RA yang
tidak perlu pengenalan. Mereka sudah cukup besar di pasaran mainstream.
Dua nama
yang paling menarik perhatian MK adalah Airliftz dan Yung Raja. Airliftz
mendapat hebohan meluas tahun lalu ketika dia menerbitkan EP berjudul BAGEL
menampilkan hits Appreciate sebelum mengeluarkan single Everything awal tahun
ini. Dan baru-baru ini Airliftz menampilkan single terbarunya Call Me When It’s
Over yang cukup impresif sekali penghasilannya. Pengaruh Lo-Fi Hip-Hop dengan
sentuhan R&B dalam naskhah-naskhahnya begitu menjadi dan tidak kedengaran pretentious.
Yung Raja
(Singapura) menerusi single Mustafa kental semangat dan energi authentic
hip-hop yang lebih neon, bold & provocative pastinya.
Pelayaran pendengaran
MK terus melaju jauh terbang ke lapangan muzik Indonesia yang sudah nyata maju
sepuluh langkah ke depan dengan nama-nama hebat seperti Dipha Barus, Ramengvrl,
Bam Mastro, Emir Hermono, Rayi Putram A.Nayaka, Adrian Khalif, Monica Karina,
Eva Celia dan lainnya.
Dipha Barus antara
produser muzik generasi kini yang cukup cemerlang dan Bam Mastro juga. Muzik mereka
membentuk kosmik muzik mainstream yang baru di Indonesia. Bunga Citra Lestari,
Titi DJ, Andien, Bams dan beberapa nama pasaran urban seperti Teza Sumandra dan
Rinni Wulandri telah terlebih dulu mendapatkan kerjasama Dipha Barus dalam
naskhah Pop mereka.
Dua EP Bam
Mastro iaitu I Bleach My Skin dan I’m An Albino Polar Bear Living in
Captivity & I Know Alien Don’t Exist bagi kami sudah membuat Indonesia jauh
ke depan dengan cukup agresif memajukan Pop yang lebih pregresif.
A.Nayaka seorang lagi bakat Hip-Hop yang kami kira sudah mampu berbangga menjadi artis Hip-Hop pertama yang menjadi lima teratas AMI Awards 2018 menerusi kategori Album Terbaik. Album berjudul Candance Blue itu mencipta sejarah tersendiri sepanjang 21 tahun anugerah tersebut berlangsung. Pengiktirafan tertinggi kiranya buat muzik Hip-Hop di Indonesia.
A.Nayaka seorang lagi bakat Hip-Hop yang kami kira sudah mampu berbangga menjadi artis Hip-Hop pertama yang menjadi lima teratas AMI Awards 2018 menerusi kategori Album Terbaik. Album berjudul Candance Blue itu mencipta sejarah tersendiri sepanjang 21 tahun anugerah tersebut berlangsung. Pengiktirafan tertinggi kiranya buat muzik Hip-Hop di Indonesia.
Monica Karina solo wanita yang kental feel R&B yang mula diperkenalkan Dipha Barus menerusi single Money Honey yang beredar awal tahun ini. Dan baru-baru ini dengan single solo perdananya Skin to Skin membawa Monica ke satu tanda aras lebih tinggi pasaran muzik urban Indonesia.
Dan tentu
saja attitude yang ada pada rapper wanita RAMENGVRL antara yang paling mendapat
perhatian kami. Tonton saja MV I’m Da Man dan Ca$hmere cukup quirky dan unik latar
muzik dan budaya cult yang penuh dengan fur, bling & ch$ng! Anda boleh
menonton video-video temubual RAMENGVRL di YouTube and see how cool she is! Itu belum lagi bicara tentang kehebohan populariti Rich Brian dan NIKI di bawah pemasaran muzik 88Rising yang berlokasi di New York.
Bakat-bakat
baru ini kiranya mencipta pengaruh mereka sendiri tanpa perlu lagi mengharapkan
media konvensional. Jika anda seperti MK yang baru untuk faham dan mendekati
muzik begini, berikut beberapa lagu yang harus anda dengarkan.
Money Honey
(Dipha Barus & Monica Karina)
Idols (Bam
Mastro)
Skin to Skin
(Monica Karina)
Ca$mere
(RAMENGVRL)
DJ - Salammusik
DJ - Salammusik
Flawless /
Merona (Adrian Khalif)
Vintage
(NIKI)
Vibe (Kuizz)
Mustafa
(Yung Raja)
Too Much
(Emir Hermono, Theodra & Puffie)
Something About
Us (Rayssa Dynta)
Sailor (GAC)
Don’t Call
Me Baby (Ellez, Ndoubledob, Nathn E & Russy)
Buat Selamanya
(Alif)
Sibuk (Kaka)
School (A.Nayaka)
Hilang (Bam
Mastro)
All Good
(Dipha Barus & Nadin)
Fly (Radhini
& Ramengvrl)
Hold On
(Gloria Jessica)
Pautan Spofity
![]() |
Ikuti Spotify Muzik Kita Malaysia Untk MixTape Lengkap |
Comments
Post a Comment