Skip to main content

Posts

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

Dua hari sudah, pihak AMI Awards 2018 mengumumkan senarai pendek finalis yang berjaya dipilih panel muzik Indonesia yang terbaik antara yang terbaik berada di pasaran muzik penuh warna Indonesia. Dan kategori-kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut genre dominan pasaran muzik seberang seperti Pop, R&B, Jazz, Rock, Dangdut, Folk Country, Religi, Teknikal dan lain-lain termasuk kategori khusus muzik Kanak-Kanak. Melihat senarai penuh ini sahaja dapat kita lihat betapa besarnya pasaran muzik Indonesia yang nyata lebih terbuka dan luas (mungkin atas faktor geografi dan demografi). Kategori Pop memberi kejutan yang cukup manis rasanya buat Marion Jola yang merupakan barisan top 12 Indonesian Idol yang lalu. Marion sudah mampu bangga dengan pencapaiannya bagi kami kerana biar tidak dapat meletakkan dirinya di tempat dua tertinggi final Idol dia mampu cukup diterima cemerlang bukan sahaja dengan jumlah 15 Juta tontonan di YouTube malah kini dengan single J...

#RetrospektifMuzik Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an

Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali. Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein. Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sud...

#RetrospektifMuzik Menelusuri 39 Tahun Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Saya mula mendengar album ini hanya kira-kira tiga empat tahun kebelakang. Sebelum itu nama biduanita Sharifah Aini bukanlah berada dalam rujukan muzik saya namun album Lela Manja atau lebih tepat lagu Ratapan Kamarulzaman benar-benar membuka mata saya terhadap muzik Melayu Asli. Mendengar lagu tersebut buat saya tersentuh, terbuai dan khayal dalam satu pelayaran muzik yang penuh emosi yang kaya sekali bunyian Melayunya. Ratapan Kamarulzaman is a masterpiece – antara karya Melayu Asli yang cukup kaya sekali perasaannya. Saat biduanita Sharifah Aini melantun bait “Sayang… Kiambang” Sudah jauh membawa saya melayang dengan alunan yang cukup merdunya itu. Lela Manja diterbitkan maestro muzik Alfonso Soliano dengan bantuan Arshad Ismail dan Harris Harun yang banyak menyumbang terhadap perkembangan muzik tempatan sepanjang era 60-an dan 70-an. Kolaborasi Sharifah Aini dan Hamzah Dolmat dalam penghasilan album ini bagaikan penyatuan dua alunan yang paling merdu kita ada dala...

#RetrospektifMuzik Mazlan Hamzah – Peralihan dan Pengaruh Besar Muzik R&B Tempatan

Saya sering mendengar tentang kehebatan muzik Mazlan Hamzah daripada individu-individu senior yang terlibat secara langsung dan tidak dalam lapangan muzik lokal. Namun secara peribadi saya tidak dibesarkan dengan lagu-lagunya. Saya hanya tahu betapa besarnya pengaruh muzik figura yang satu ini terhadap karier Anuar Zain, Hazami dan Sheila Majid khususnya. Sejujurnya juga saya hanya mendengar single Aku Cinta Padamu versi Sheila Majid terlebih dahulu berbanding versi asal persembahan Mazlan Hamzah sendiri. Lagu yang dimuatkan dalam solo album berjudul Refleksi yang diedarkan pada tahun 1987 itu benar-benar memberi intepretasi muzik R&B lokal tempatan yang saya kira punya corak serupa bakat Indonesia seperti Fariz RM dan Utha Likumahuwa khususnya. Dan terima kasih saya buat Aszuad daripada Cloudworks kerana sudi berkongsi album yang sangat ‘rare’ ini untuk saya dengar dan belajar lebih dalam lagi tentang pengaruh muzik yang dibawa Mazlan Hamzah dalam gerakan muzik urban ...

20 Tahun Adiwarna Sebagai Benchmark Pop Lokal Malar Segar

Ketika Purnama Merindu diedarkan kira-kira 20 tahun yang lalu nama Siti Nurhaliza meniti bibir pengikut muzik Pop lokal bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya malah peribadi yang sangat disenangi (sehingga kini). Siti dengan pasukan pemasaran muzik SRC (Suria Records) dengan mastermind Tan Su Lok dan Adnan Abu Hassan meninggikan standard muzik Pop Siti ke tahap yang lebih baik. Saya masih memiliki salinan kaset yang dibeli ketika masih dibangku sekolah dahulu. Dan obsesi terhadap lagu Sendiri juga Satu Cinta Dua Jiwa dan Tak Boleh Lupa ketika itu sehingga hari ini masih menjadi senarai teratas lagu kegemaran penyanyi hebat ini. Adiwarna yang membawa maksud amat indah beredar selepas kejayaan Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu dan Cindai yang meneruskan gemilang nama Siti ketika itu yang cukup digilai semesta nusantara. Tidak salah kiranya kami meletakkan Adiwarna sebagai acuan Pop yang mana formulanya diguna pakai label-label rekod yang lain dalam ‘mencipta’ Siti Nurh...

#PerspektifMuzik As Far We Can Tell, Ini Senarai Rilis Terbaik Separuh 2018

Artikel ini sebetulnya sambungan artikel sebelum ini yang mengupas pasaran muzik tempatan yang secara menyeluruhnya masih berlegar dengan lambakan balada daripada bakat muda yang amat diragui bakatnya. Mudah cerita pemasaran muzik yang ada sekarang tidak bervisi dan hanya berdasarkan apa yang seperti dikatakan – pendengar mahukan. Jika benar ini apa yang pendengar mahukan, again saya repeat – kenapa teruk sangat taste muzik korang? Berikut senarai rilis terbaik yang ada sepanjang setengah tahun ini tanpa mengikut turutan. HARAM (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini) Hael Husaini / Ezra Kong Diperdengarkan buat pertama kali di pentas Anugerah Neelofa yang lalu –   Lagu ini tidaklah terlalu original (rujuk lagu-lagu dalam album Faizal Tahir 2013) tapi relevan dan segar – baik melodinya, liriknya dan kolaborasi live yang begitu sempurna sekali. Gandingan Hael dan Dayang tidak kedengaran janggal, menyatu dengan sempurna di pentas. Tapi maaf saya  tidak begitu meny...