Skip to main content

Posts

Sehingga Kita Ke Destinasi Yang Baru

Hey Hey! Terima kasih semua Perjalanan baru kini bermula di... http://muzikkita.com/ 
Recent posts

Neon, Bling & Ch$ng – Mendekati Kosmik Baru Lo-Fi Hip-Hop Nusantara.

Akhiran ini MK banyak mendengar pasaran muzik Hip-Hop / R&B / KRNB / Lo-Fi serantau yang tenaganya luar biasa sekali. Terima kasih Spotify dengan adanya feature Fans Also Like membantu MK explore lebih jauh nama-nama terpinggir pasaran semasa yang cukup baik sekali penghasilan muziknya. Semuanya bermula dengan kemunculan Kuizz dengan single No Matter dan Vibe yang cukup berkelas sekali penghasilannya dan Alif (Sleeq) yang sentiasa konsisten menjadi produser naskhah-naskhah hebat Kaka – bermula dengan Bukan Hal Aku, Kembali, Terima Kasih sehingga yang terkini Sibuk. Alif mula mendapat perhatian kerjaya solonya dengan single Mama (Tengok MV lagu ni, pedih mata beb!) – freestyler hip-hop yang cukup kemas sekali penghasilan perasaannya. Selepas Buat Selamanya menjengah pasaran hujung tahun lalu Alif cukup aktif dalam projek sebagai produser muzik termasuk kolaborasi bersama Ismail Izzani menerusi lagu Luar Biasa serta kolaborasi bersama Joe Flizzow dalam single Sampai Jadi

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

Dua hari sudah, pihak AMI Awards 2018 mengumumkan senarai pendek finalis yang berjaya dipilih panel muzik Indonesia yang terbaik antara yang terbaik berada di pasaran muzik penuh warna Indonesia. Dan kategori-kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut genre dominan pasaran muzik seberang seperti Pop, R&B, Jazz, Rock, Dangdut, Folk Country, Religi, Teknikal dan lain-lain termasuk kategori khusus muzik Kanak-Kanak. Melihat senarai penuh ini sahaja dapat kita lihat betapa besarnya pasaran muzik Indonesia yang nyata lebih terbuka dan luas (mungkin atas faktor geografi dan demografi). Kategori Pop memberi kejutan yang cukup manis rasanya buat Marion Jola yang merupakan barisan top 12 Indonesian Idol yang lalu. Marion sudah mampu bangga dengan pencapaiannya bagi kami kerana biar tidak dapat meletakkan dirinya di tempat dua tertinggi final Idol dia mampu cukup diterima cemerlang bukan sahaja dengan jumlah 15 Juta tontonan di YouTube malah kini dengan single J

#RetrospektifMuzik Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an

Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, jumlah penyanyi tidak banyak seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali. Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michael Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakat rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein. Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sud

#RetrospektifMuzik Menelusuri 39 Tahun Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Saya mula mendengar album ini hanya kira-kira tiga empat tahun kebelakang. Sebelum itu nama biduanita Sharifah Aini bukanlah berada dalam rujukan muzik saya namun album Lela Manja atau lebih tepat lagu Ratapan Kamarulzaman benar-benar membuka mata saya terhadap muzik Melayu Asli. Mendengar lagu tersebut buat saya tersentuh, terbuai dan khayal dalam satu pelayaran muzik yang penuh emosi yang kaya sekali bunyian Melayunya. Ratapan Kamarulzaman is a masterpiece – antara karya Melayu Asli yang cukup kaya sekali perasaannya. Saat biduanita Sharifah Aini melantun bait “Sayang… Kiambang” Sudah jauh membawa saya melayang dengan alunan yang cukup merdunya itu. Lela Manja diterbitkan maestro muzik Alfonso Soliano dengan bantuan Arshad Ismail dan Harris Harun yang banyak menyumbang terhadap perkembangan muzik tempatan sepanjang era 60-an dan 70-an. Kolaborasi Sharifah Aini dan Hamzah Dolmat dalam penghasilan album ini bagaikan penyatuan dua alunan yang paling merdu kita ada dala